Giveaway

Wanista Beri Set Koleksi Rico Rinaldi x Starbucks Berupa Termos Dan Cawan Kepada Anda!

Malisa Aina
/
Love food, sneakers, lipstick, netflix, spotify
Wanista Beri Set Koleksi Rico Rinaldi x Starbucks Berupa Termos Dan Cawan Kepada Anda!

Anda pengumpul set termos dan cawan dari Starbucks? Jadi semestinya set eksklusif Rico Rinaldi x Starbucks ini mesti dimiliki.

Rekaan Rico Rinaldi x Starbucks diinspirasikan dari alam flora dan fauna berupa motif haiwan kebanggaan negara seperti Harimau Malaya, Penyu dan Burung Kenyalang yang habitatnya banyak di bumi Borneo bersesuaian dengan sambutan Kemerdekaan Malaysia ke-61.

Baca : Rico Rinaldi Kini Bertaraf Dunia! Kolab Dengan Starbucks Hasilkan Termos & Cawan Edisi Terhad

Wanista bersama Starbucks Malaysia berbesar hati ingin memberikan set koleksi Rico Rinaldi x Starbucks kepada anda semua.

Set Koleksi Rico Rinaldi x Starbucks

  • RicoRinaldi + Starbucks® Kenyalang Double Wall To-Go Mug, RM 150.00
  • RicoRinaldi + Starbucks® Kenyalang Thermos Tumbler, RM 168.00
  • RicoRinaldi + Starbucks® Penyu Double Wall To-Go Mug, RM 150.00
  • RicoRinaldi + Starbucks® Penyu Thermos Tumbler, RM 168.00
  • RicoRinaldi + Starbucks® Harimau Double Wall To-Go Mug, RM 150.00
  • RicoRinaldi + Starbucks® Harimau Thermos Tumbler, RM 168.00

Nak menang, anda perlu menjawab soalan seperti berikut:

Siapa antara pereka fesyen yang pernah Starbucks kolaborasi menghasilkan koleksi edisi terhad?

Syarat pernyataan:

1. Like Facebook Wanista MY dan follow Instagram @wanistadotcom

2. Jawapan boleh dihantar ke alamat emel submit@wanista.com dengan tajuk ‘Koleksi Rico Rinaldi x Starbucks’.

3. Sertakan sekali maklumat peribadi seperti Nama Penuh (seperti dalam kad pengenalan), Nombor IC dan Nombor Telefon Bimbit.

4. Peraduan ini hanya sah dari 10 September hingga 21 September 2018.

5. Seorang hanya boleh menghantar SATU penyertaan. Kami akan memilih pemenang yang memberi jawapan paling tepat.

6. Keputusan hakim adalah muktamad.

Semoga Berjaya!

Komen Anda