Boleh tahan meremang lepas tonton trailer filem seram berjudul “FOLKLORE” terbitan HBO Asia ni.
Filem ini terdiri daripada enam buah episod yang akan ditayangkan setiap hari Ahad jam 10pm bermula 7 Oktober nanti. Ia bakal membawa penonton mendalami kisah-kisah seram sekitar Asia termasuklah Malaysia, Indonesia, Jepun, Thailand, Singapura dan Korea.
Tonton Trailer Filem “FOLKLORE” Terbitan HBO Asia
https://www.youtube.com/watch?v=Lc69XxZNL68
Sebagai manusia biasa, kita tak boleh lari dari sifat takut, lebih-lebih kepada alam ghaib dan makhluk halus kerana kita tahu ianya perara luar biasa yang jarang kita rasai.
Dilakonkan pelakon hebat seperti Bront Palarae dan Nabila Huda untuk hasil arahan pembikin filem tersohor, Eric Khoo, episod “FOLKLORE” dari Malaysia menceritakan kebenaran kisah Toyol yang kewujudannya didukung oleh pengamalam ilmu hitam.
Untuk negeri Asia yang lain, setiap satunya akan turut memaparkan kisah seram lagenda yang realistik berdasarkan kepercayaan penduduk setempat sekaligus membuatkan filem bersiri ini lebih mantap dan segar untuk menghantui penonton.
Buat pengetahuan semua, Eric Khoo adalah pembikin filem asal Singapura yang pernah menerima banyak anugerah dan penghargaan. Turut terlibat untuk menjayakan filem bersiri “FOLKLORE” adalah para oembikin filem Joko Anwar (Indonesia), Takumi Saitoh (Jepun), Lee Sang-Woo (Korea), Ho Yuhang (Malaysia), dan Pen-Ek Ratanaruang (Thailand).
Jangan ketinggalan untuk turut serta dalam perjalanan menyeramkan bersama “FOLKLORE” Oktober ini, hanya di Astro HBO Asia saluran 411 dan 431.