Sebagai seorang wanita yang bekerjaya, kamu pasti perlu membawa kelengkapan yang secukupnya untuk menemani hari-hari kamu dan aksesori yang paling mustahak adalah beg tangan.
Seperti Mary Kay yang sentiasa memahami kehendak pelanggan dan para pegawainya, musim ini mereka tampil berkolaborasi dengan seorang pereka fesyen yang tidak asing, siapa lagi kalau bukan Tengku Syahmi atau lebih mudah dipanggi dengan gelaran Tsyahmi.
Beg tangan Mary Kay Starter Kit Bag ini adalah merangkumi fungsi 3-dalam-1 yang diberikan kepada kesemua Perunding Kecantikan Bebas mereka.
Buat individu yang mahu menjadi Perunding Kecantikan Bebas Mary Kay, kamu bisa mendapatkan beg tangan edisi terhad ini pada harga RM189 yang kemudian boleh dipadankan dengan mana-mana pilihan produk dari rangkaian Botanical Effects Starter Kit atau Timewise Starter Kit.
Tonton Video Pengenalan Mary Kay Starter Kit Bag 2018 x Tengku Syahmi
https://www.youtube.com/watch?v=z6nRoNKQr4E
Istimewanya beg tangan Mary Kay Starter Kit Bag ini, ia boleh dipakai dalam tiga cara versatile termasuklah gayakannya sebagai beg tangan biasa, sebagai beg kepit (clutch) dan juga beg silang. hebat kan?
Ikuti Temu Bual Wanista Bersama Dengan Tengku Syahmi
#1 Boleh kongsikan bersama dengan kami tentang fikiran peribadi kamu terhadap Mary Kay?
Menurut saya, Mary Kay sangat hebat! Mereka setelah sekian lama memperkasa wanita dengan seleksi produk selama lebih 50 tahun. Menjadi sebuha platform yang diiktiraf bahkan dikenali secara global, saya begitu teruja dan rasa bangga untuk berkolaborasi dengan mereka untuk turut sama mencipta sebuah beg, Mary Kay Starter Kit Bag untuk Malaysia dan Singapura.
#2 Apakah yang memberi inspirasi kepada kamu untuk menghasilkan rekaan beg kreatif seumpamanya?
Untuk Mary Kay Starter Kit Bag edisi 2018, saya mengambil inspirasi dari Logo Mary Kay itu sendiri dan kemudian mengolahkannya di atas tas tangan tersebut. Saya menciptanya untuk menjadi praktikal, mempunyai pelbagai funsi dan bergaya dalam masa yang sama, khas untuk Perunding Kecantikan Mary Kay. Bukan sahaja moden bahkan tahan lasak, praktikal dan memiliki pelbagai fungsi untuk dimanfaatkan.
#3 Mereka beg tangan tidak sama dengan mereka pakaian. Apakah kriteria terpenting untuk difikirkan apabila membuat rekaan beg tangan?
Sebagi seorang pereka fesyen, saya sering melihat diri saya sebagai “penyelesai masalah”. Saya tak pernah hadkan kemampuan saya untuk mencipta pakaian semata-mata. Tidak bermaksud saya seorang pereka fesyen, saya hanya minat membuat pakaian, jadi adalah penting untuk saya mendedahkan diri saya sebagai seorang yang berkemampuan dalam setiap cabang industri rekaan.
Mereka beg tangna pula sudah tentu tidka sama dengan mereka pakaian. Walau bagaimanapun, terdapat persamaan antara keduanya dan praktikal adalah elemen penting untuk diterapkan bersama. Seorang pereka bertanggungjawab untuk mencipta sesuatu yang baharu dan menarik. Itu adalah satu cabaran buat saya.
#4 Ada tips penjagaan beg yang ingin dikongsikan bersama kami?
Untuk Mary Kay Starter Kit Bag, kami menggunakan material kulit PU yang terdiri daripda beberapa tekstur pilihan. Jadi, kulit PU berkualiti tinggi sangat tahan lasak dan praktikal untuk kegunaan harian.
Tips penjagaan beg lain adalah kami akan sentiasa menasihati klien supaya menyimpannya secara rapi dan masukannya dalam beg kali habuk (dust bag) ketika tidak mahu menggunakannya.
Saya fikir, guna beg tangan apa sekalipun, paling penting adalah kamu faham jenis materialnya dan tahu menjaganya supaya boleh tahan lama dan memanjangkan jangka hayat beg tersebut.
#5 Kami terpaku bagaimana kamu mengetengahkan huruf besar “M” pada permukaan beg. Bagaimana kamu buatnya kelihatan sangat bergaya daripada menggunakan motif monogram -yang mungkin akan kelihatan klise.
Saya memang terinspirasi dari singkatan Mary Kay. Saya mahu menggunakan huruf singkata “M” dan “K” untuk setiap belah permukaan beg agar ianya cepat menangkap visual orang secara grafik, lantas menolak penggunaan monogram yang stereotaip. Sebaik Mary Kay menyunting saya untuk berkolaborasi dengan mereka, saya sudah tetapkan pendirian yang saya mahukan rekaan yang sofistikated, segar, moden dan praktikal.
Untuk keterangan lanjut, klik [www.marykay.com.my]