Kembara

Jangan Takut! 10 Benda Korang Dibenarkan ‘Curi’ Dari Hotel

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Guo Pei, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Jangan Takut! 10 Benda Korang Dibenarkan ‘Curi’ Dari Hotel

Tidur di hotel terutamanya hotel mewah memang syok! Tapi kita sering keliru memikirkan barangan apakah yang boleh kita bawa pulang dan mana yang tidak.

Ada suatu hari dulu masa penulis pergi review sebuah hotel di ibu negara, penulis pernah perasan ada segerombolan pelancong dari India ni pakat-pakat bawa pulang pengering rambut (hairdryer). Fikir penulis, tak mungkin pihak hotel baik hati nak beri barangan elektronik betul tak? Walaupun hotel itu bertaraf 5 bintang sekalipun. Kalau betul boleh ambil terus, penulis pun nak.

Sampai sekarang penulis rasa bersalah sebab tak tegur mereka ni… tapi boleh lihat jelas beg pengering rambut itu dilabel dengan “In-Room Use Only”

Tapi disebabkan tiada pekerja yang menegur, penulis diamkan saja… lagipun penulis kena lekas pergi waktu tu. Harap-harap adalah yang perasan dengan perbuatan tu kerana mencuri barangan hotel dikira sebagai perbuatan “Kleptomania” dan si pelaku boleh dikenakan tindakan. Yakni dikenakan caj terhadap barangan yang diambil kerana jika dibiarkan, hotel akan kerugian beribu ringgit!

Untuk meleraikan kekeliruan semua, ini 10 barangan yang disediakan pihak hotel dan boleh kamu bawa pulang sebagai tanda ingatan atau ole-ole.

#1 Selipar

Ha, yang ini paling syok. Untung-untung kamu boleh gunakan selipar hotel di rumah sendiri nanti. So, bawa balik!

#2 Tisu

Tak payah jimat-jimat guna tisu di hotel. Bawa je balik rumah atau letakan di dalam kereta. Tak adalah rugi :)

Sumber: Pinterest

#3 Set Mandian

Kalau sudah pihak hotel sediakan untuk kamu guna pasti kamu boleh membawanya pulang. Memudahkan kerana rata-rata set mandian di hotel bersaiz genit dan kompak. Jadi bolehlah kamu manfaatkannya. Seperti losyen umpamanya, mudah untuk kamu bawa dalam beg tangan dan gunakannya sepanjang percutian.

#4 Peta & Buku Panduan Melancong

Tidak semua hotel menyediakan peta dan buku panduan melancong. Tetapi andainya ada, kamu boleh menggunakannya dan membawanya pulang sebagai cenderahati dari pihak hotel.

Sumber: Pinterest

#5 Beg / Plastik Baju Kotor

Mana-mana hotel pasti akan menyediakan laundry bag yang bersaiz besar. Ini bagi memudahkan kamu menyimpan baju kotor yang belum sempat dicuci dalam bagasi. Atau ia juga boleh digukan kala kamu menghantar baju terpakai ke dobi hotel. Jika tak digunakan sekalipun kamu boleh membawanya pulang untuk kegunaan di lain hari. Nak simpan kasut yang berpasir dan berlumpur pun boleh.

#6 Air Mineral

Walaupun rasanya sama, ada jenis individu yang suka mengumpul air mineral hotel tau. Ini kerana label hotel sebenarnya yang membuatkan air mineral itu sebagai edisi terhad. 

Sumber: Pinterest

#7 Minuman Campuran

Nescafe, aneka teh dan kopi. Adakalanya pihak hotel menyediakan minuman 3-in-1 yang mewah-mewah! Sebelum pulang jangan lupa bawa balik! Ada juga pihak hotel yang sediakan snek seperti coklat, minuman tin dan biskut…. yang ini pun boleh ‘cilok’ masuk beg tau. Jangan dibiar tinggal. Rugi!

#8 Kertas Nota & Pen / Pensil

Kalau bawa anak-anak pergi bercuti, memang mereka ni susah nak duduk diam. Beri je kertas nota dan pen atau pensil yang disediakan di sudut meja tepi katil tu. Kalau tak digunakan, boleh bawa pulang. Label jenama hotel yang ada pada pen atau pensil tu paling ‘rare’.

Foto -tripadvisor

#9 Surat Khabar

Bawa je balik. Mana tahu nak alas apa-apa dalam kereta. Lepas baca boleh bawa balik dan ia terus menjadi harta peribadi korang.

#10 Set Kecantikan

Hotel-hotel di luar negara banyak menyediakan set kecantikan seperti sikat, pisau cukur, getah rambut, benang dan butang, pengilat kuku dan sebagainya. Yang ini pun kamu boleh bawa pulang okay. Semua ini sudah termasuk dalam bil hotel, jadi secara automatik ia hak milik kamu.

Foto -@JKTDELICACY

Dah jelas, lepas ni hati-hati okay. Kalau dicekup kamu mengambil barangan milik hotel yang tidak sepatutnya, memang buat malu je. Selamat beramal! ❤

RUJUKAN

Komen Anda