Resipi

K-Pop Idol Obses Dengan Snek Viral “Inkigayo Sandwich”. Ini Resepinya

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
K-Pop Idol Obses Dengan Snek Viral “Inkigayo Sandwich”. Ini Resepinya

BTS, Twice, G-Dragon, dan ramai lagi antara yang menggemari snek viral “Inkigayo Sandwich”. Katanya sandwich ini merupakan sandwich biasa yang diperbuat daripada salad dan jam strawberi.

IKLAN

Inkigayo Sandwich merupakan sandwich yang dijual di bar snek SBS Inkigayo, sering disebut sebagai salah satu makanan ringan yang kerap dimakan oleh ramai bintang K-Pop. Snek ringan tersebut mendapat perhatian para netizen dan peminat kerana penyanyi kesayangan mereka sering bercakap tentang keenakan sandwich.

Walaubagaimanapun, resepi sebenar sandwich tersebut tidak didedahkan, tetapi menurut orang ramai dan pekerja yang telah makan, ianya dibuat dengan roti, jam strawberi, kentang, telur dan kobis.

Foto – Twitter

Agaknya bagaimanalah rasa inkigayo sandwich sehingga trending serata dunia. Jangan risu kita tidak perlu terbang jauh sampai ke Korea semata-mata mahu makan sandwich, ikut sahaja resepi yang ada dikongsikan di Youtube.

Youtuber Korea Selatan 꿀키honeykki berkongsi resepi inkigayo sandwich.

Bahan-Bahan

  • Salad Kentang – Kentang, telur, mayonis dan serbuk lada hitam
  • Salad Kobis – Kobis, timun, mayonis, sos tomato/cili (ikut pilihan sendiri)
  • Jem Strawberi
  • Roti
Foto – Koreaboo

Cara Membuat

1. Rebus kentang dan masukkan sedikit garam ke dalamnya.

2. Dalam periuk lain, rebus telur selama kira-kira 10 minit.

IKLAN

3. Kupas kentang dan telur. Lenyekkan kentang.

4. Kentang yang dilenyek campur dalam mangkuk telur, kacau rata. Masukkan mayonis dan serbuk lada hitam.

5. Hiris nipis kobis dan timun.

6. Dalam mangkuk lain, campurkan kobis, timun, mayonis dan sos.

7. Sekarang dah boleh buat lapisan sandwich roti-salad kentang-roti-jem strawberi-roti-salad kobis-roti

8. Bungkus dalam plastik lutsinar seperti dalam video

Tonton video untuk lebih jelas

Nampak sedapkan? Selamat Mencuba!

RUJUKAN : & 2