Info Menarik

Siapa Kelsey Merritt, Model Filipina Pertama Berjalan Di Victoria’s Secret Fashion Show!

Malisa Aina
/
Love food, sneakers, lipstick, netflix, spotify
Siapa Kelsey Merritt, Model Filipina Pertama Berjalan Di Victoria’s Secret Fashion Show!

Jika anda pengikut Victoria’s Secret Fashion Show, nama model Kelsey Merritt kerap trending di media sosial. Model yang berasal dari negara jiran Filipina ini boleh dikatakan menjadi kebanggaan rakyat sana kerana menjadi model pertama yang layak berjalan di Victoria’s Secret Fashion Show 2018.

Kita sedia maklum, proses pemilihan Victoria’s Secret Fashion Show bukanlah perkara mudah, setiap model perlu melalui casting yang mempunyai banyak langkah sebelum ke pemilihan akhir. Dan apabila terpilih ia merupakan detik berharga untuk karier sebagai seorang model. Banyak model hebat dunia telah berjalan di Victoria’s Secret, antaranya Tyra Banks, Helena Christensen, Miranda Kerr, Naomi Campbell, dan Heidi Klum, jadi ini merupakan satu peluang yang cukup besar sebagai seorang model.

Jadi siapakah Kelsey Merritt, gadis Filipina yang sangat bertuah ini?

#1 Mulakan kerjaya modelling di usia muda apabila pihak pengurusan menemuinya di Instagram.

#2 Kelsey kini benar-benar model antarabangsa, dengan Supreme Management mewakilinya di New York, Women Milano di Milan, Wilhelmina Models di London, dan Nomad MGMT di Miami dan Los Angeles.

#3 Berjaya menjadi wajah kempen Kashieca dan sebagai gadis Maybelline yang terbaru.

#4 Selain menjadi model, Kelsey baru sahaja menamatkan pengajian di Ateneo de Manila University. Beauty with brain!

#5 Menurut Kelsey, jika tidak menjadi model, dia mungkin akan berkecimpung dalam sukan volleyball. Pernah menjadi kapten paskan volleyball ketika sekolah menengah.

#6 Merupakan gadis pantai. Lebih gemar percutian pantai berbanding yang lain dan tidak takut dengan aktiviti air.

View this post on Instagram

Just keep swimming ???

A post shared by Kelsey Merritt (@kelseymerritt) on

#7 Walaupun seorang model tapi Kelsey sangat kuat makan. Dia sukakan burger, milkshake, kentang goreng, waffles, aiskrim, pizza, coklat dan banyak lagi makanan ringan.

View this post on Instagram

Big Apple BBQ ??

A post shared by Kelsey Merritt (@kelseymerritt) on

#8 Body Goals! Kelsey tidak malu untuk mempamerkan susuk tubuhnya walaupun miliki stretch mark. Dia menerimanya sepenuh hati, bahkan menggalakkan orang lain untuk menerima diri mereka seadanya tidak kira saiz atau bentuk.

View this post on Instagram

Flaunt those stretchmarks ???

A post shared by Kelsey Merritt (@kelseymerritt) on

#9 Selain percutian pantai, Kelsey juga suka melawat pameran seni, teater muzikal, festival muzik, serta muzium.

Memang cantik gadis berusia 20-an ni.. Manis je! Tak sabar nak tengok dia beraksi di pentas Victoria’s Secret.

RUJUKAN : & 2

Komen Anda