Berita & Isu Semasa

Viral! Gadis Filipina 18 Tahun Nekad Sambut Hari Jadi Dengan Tema Harry Potter

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Viral! Gadis Filipina 18 Tahun Nekad Sambut Hari Jadi Dengan Tema Harry Potter

Kalau sebelum ini kita pernah digemparkan dengan seorang remaja lelaki yang menjadi viral menerusi Twitter gara-gara menganjurkan parti ulang tahun bertemakan drama bersiri Netflix “The Stranger Things” [BACA SINI].

IKLAN

Kali ini gadis dari Filipina pula menarik perhatian apabila menganjurkan majlis sambutan ulang tahunnya yang ke-18 dengan serba-serbi dekorasi parti berilhamkan ikon filem fantasi, Harry Potter.

Tonton Video Sambutan Hari Jadi Ke-18 Alyanna Gopez Bertemakan Harry Potter

A Decade and Eight: Alyanna – Same Day Edit

The grandest event we've covered yet – Alyanna's Harry Potter themed debut!Photo: Oly Ruiz of Metrophoto Video: ArtofgeloWardrobe Stylist: Jeff GalangGowns: Mak Tumang Mara Chua Paolo BlancoMakeup: Mariah SantosEmcee : Apollo AbrahamHair: Marvin Santos Gown: Louie SalazarBallroom Stylist: Claudine Valerie Vivar-SycipDiagon Alley and Platform 9 3/4: Larry NatividadCoordinatior: Jenny LimVideo Mapping: Immrsv Asia Inc.Dance Coreography: Geraldine UyPreparations: The Mansion at Maxims HotelVenue: Manila Marriott Hotel#WITNESSARTOFGELO

Artofgeloさんの投稿 2018年8月31日金曜日

Bernama Alyanna Gopez, impiannya tidaklah seperti kebanyakan anak gadis lain yang mahukan parti ulang tahun dibuat segah mungkin sambil dihiasi elemen-elemen feminin sebaliknya memilih Harry Potter sebagai tema unik untuk meraikan tarikh keramat dirinya itu.

View this post on Instagram

IKLAN

“Let us step into the night and pursue that flighty temptress, adventure.” #AlyannaKedavra

A post shared by Alyanna gopez (@alyanna_gopez) on

majlis tersebut dilangsungkan di sebuah Ballroom dalam bangunan Marriot Hotel, ruang yang ada disisip dengan cahaya malar dari nyalaan lilin-lilin terapung. Manakala sebagai tarikan utama, di bahagian luar dewan terdapat replika kereta api Hogwarts Express, kereta Weasley serta Diagon Alley (telah dinamakan semula dengan nama “Alyanna’s Alley)  yang bisa menjadi tempat tetamu mengambil foto-foto kenangan.

Menurut tetamu yang hadir, majlis ulang tahun itu adalah yang paling gah buat anak gadis semuda itu dan pastinya telah memakan kos yang tinggi umpama mengelolakan sebuah majlis perkahwinan mewah!

Tidak kurang, serba-serbi perincian lain yang turut mengikut tema termasuklah hidangan yang disediakan buat para tetamu, gaun yang dipakai Alyanna dll.

Menurut tuan empunya badan, dia sememangnya sangat obses dengan Harry Potter sejak sekuel yang pertama dan menganggap peluang itu adalah sangat berharga untuk dirinya sebagai sambutan ulang tahun yang paling bermakna dan akan diingati sampai bila-bila.

RUJUKAN 1, 2, 3