Viu Malaysia, merupakan platform hiburan tanpa henti yang menawarkan seleksi pilihan drama, filem dan program televisyen Asia kini tampil mengumumkan bakal muncul dengan tiga buah drama bersiri hebat sepanjang September hingga November akan datang.
Mendapat kerjasama daripada para pembikin filem tersohor seperti Kabir Bhatia, Megat Sharizal dan TJ Lee. para pelakon yang membintangi ketiga-tiga siri daram original terbitan Viu ini juga tidak kurang hebatnya termasuklah Bront Palarae, Lisa Surihai, Rebecca Lim, Cheryl Samad, Tony Eusoff, Idris Khan, Julia Farhana, Aeril Zafril dan ramai lagi!
Untuk pengetahuan semua, ketiga-tiga drama bersiri yang berjudul “Jibril”, “Salon” dan “The Bridge” ini boleh dianggap bertaraf antarabangsa kerana konsep dan jalan penceritaannya yang berada diluar jangkauan minda klise ‘orang kita’ yakni jarang dapat dilihat dalam filem-filem mahupun drama buatan Malaysia.
SALON: 17 September 2018
Diarahkan seorang pengarah filem terulung, Kabir Bhatia. Ia dilakonkan aktres dan aktor tanah air seperti Julia Farhana, Idris Khan dan Iman Corinne Adrienne.
Drama ini berkisarkan tentang seorang wanita bernama Anna yang membuka sebuah salon baru yang seraya menjadi buah mulut orang.
Tonton Trailer SALON Yang Menyeramkan
Apa yang ramai tidak tahu, Anna sebenarnya memiliki kisah silam yang buruk dan sedang mengelolakan misi untuk mencari pembunuh yang pernah membunuh kaum keluarganya beberapa tahun dahulu dan bagi melunaskan kepuasan hatinya, dia ramai membunuh individu yang disyaki secara kejam dan aneh.
JIBRIL: 22 Oktober 2018
Lakonan Aeril Zafril, Lisa Surihani, Zahiril Adzim and Sangeeta Krishnasamy. Drama ini berkisarkan tentang ketamakan kuasa serta veritera dunia guaman yang realistik. Jibril yang merupakan seorang peguam disegani telah dipanggil untuk membela seorang suspek yang akhirnya membuka pintu kepada pendedahan rahsia tentang sebuah organisasi mahsyur, pernah dipimpin oleh seorang ketua yang sukar dimengertikan.
THE BRIDGE: 26 November 2018
Lakonan Bront Palarae, Rebecca Lim, Cheryl Samad dan Tony Eusoff. Sekujur tubuh mayat dijumpai di garisan tengah-tengah jambatan sempadan antara Malaysia dan Singapura, lalu pihak polis menghantar seorang wakil pasukan penyiasat dari kedua buah negara untuk menyiasat kematian tersebut berikutan identiti mayat yang tidak dapat dikenal pasti. Lebih parah, tubuh mayat itu pula telah dikerat dua dan bahagian badan serta kakinya yang disambungkan bukanlah berasal dari individu sama.
Motif demi motif dirungkai untuk mencari penyelesaian. Drama ini adalah adaptasi dari filem Sweden berjudul The Bridge (Bron/Broen).
Ketiga-tiga drama ini boleh ditonton menerusi laman sesawang Viu Malaysia, menerusi aplikasi Viu dan di NTV7.
Aplikasi penstriman tontonan Viu boleh dimuat naik menerusi Apple Aps Store dan Google Play untuk pengguna Android. Untuk keterangan lanjut, klik [facebook.com/ViuMalaysia]