Kecantikan

Gadis Korea Tergilakan Produk Kecantikan Berasaskan Tembikai Ni! Apa Faedahnya?

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Guo Pei, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Gadis Korea Tergilakan Produk Kecantikan Berasaskan Tembikai Ni! Apa Faedahnya?

Korea sememangnyaa sangat popular dengan produk kecantikan yang diramu menggunakan bahan-bahan dari alami. Boleh kata, kebanyakan jenama kecantikan yang ditawarkan rata-rata memanfaatkan sumber semula jadi seperti botanikal dan kompaun air -fokus untuk menghidrasi kulit serta membaiki tekstur agar tampak halus dan bebas cela senantiasa.

Ramai jurusolek berpendapat, untuk menghasilkan solekan yang rapi dan cantik, kita seharusnya memiliki permukaan kulit yang sempurna yakni, tidak menggerutu kekringan atau berjerawat. Justeru, kulit yang merupakan organ terbesar pada tubuh manusia ini haruslah disalurkan nutrisi terbaik secukupnya termasuklah lembapan optimum agar ianya sihat.

Foto -Glow Recipe

Baru-baru ini, gempar seketika apabila produk kecantikan yang diperbuat menggunakan buah tembikai diperkenalkan! Pasti ramai yang naik pelik kan?

Sebuah syarikat pengedar kosmetik dan produk penjagaan kulit gergasi di Korea iaitu Glow Recipe, tampil dengan inovasi baharu itu untuk ditujukan khas buat gadis dan para wanita yang memiliki masalah kulit berminyak dan kombinasi.

Apa Faedah Guna Produk Kecantikan Berasaskan Tembikai?

Masker tidur Watermelon Glow Sleeping Mask oleh Glow Recipe. Foto -Glow Recipe

Secara logiknya, kita tahu tembikai adalah antara buah-buahan yang memiliki kandungan jus paling tinggi. Oleh itu, rangkaian produk penjagaan wajah seperti Watermelon Glow oleh Glow Recipe ini dipercayai mampu menyalurkan sensasi kesejukan dan manfaat lembapan buat kulit hingga 90% tau! Bukan itu sahaja, ia juga diperkaya dengan khasiat asid hyaluronik untuk mengekalkan lembapan sepanjang hari biaroun perlu terdedah kepada penghawa dingin mahupun terik matahari yang bisa buat kulit perih serta mengalami kekeringan ekstrem.

Gel pelembap wajah Watermelon Glow Pink Juice oleh Glow Recipe. Foto -Glow Recipe

Lebih menarik, konsistensi pelembap wajah ini juga tidak berminyak dan lebih kepada bentuk gel. Pasti membuatkan kamu si berkulit kombinasi dan berminyak lebih selesa tanpa berasa lekit walaupun memakainya dibawah lapisan mekap.

Fakta Menarik Tentang Rangkaian Watermelon Glow

Kalau kamu hendak tahu, masker kepingan jeli Watermelon Glow ini pernah lesap dijual (sold out) dalam masa 5 jam sebaik dilancarkan di gedung atas talian Glow Recipe.

Foto -Glow Recipe

See, betapa ramainya wanita yang obses dengan produk berasaskan tembikai ni kan? Siapa sangka, tembikai pun rupanya bermanfaat untuk kecantikan wajah. Ingatkan selama ni sedap untuk dibuat minum je… Selamat mencuba! ❤

Komen Anda