Jika anda peminat fesyen keluarga diraja Britain, pasti anda ketahui tentang hal yang satu ini.
Selepas menjadi sebahagian keluarga diraja Britain, fesyen Kate Middleton, Duchess of Cambridge, boleh dikatakan berjaya membawa karakter sebagai seorang Puteri.
Pemilihan fesyennya amat bertepatan, mempunyai elemen sopan, seksi serta anggun, dari hujung rambut sehingga hujung kaki, semuanya menjadi perhatian.
- Foto – Insider
Bila bicara tentang fesyen si cantik ini, penulis perhatikan Kate senang sekali bermain dengan warna. Tidak hanya mengenakan rona nude atau pastel, ibu kepada tiga orang anak ini berani bermain dengan rona terang seperti biru, merah jambu, kuning, hijau zamrud dan sebagainya.
Warna Oren Nampak Buruk
Tetapi di dalam wardrobe yang dipenuhi dengan pakaian berwarna terdapat satu warna Kate elak pakai sepanjang kehidupan dirajanya iaitu OREN.
- Foto – Insider
Jika ada, Kate hanya selitkan dengan kombinasi warna lain seperti campuran peach oren, hitam dan oren atau di antara, tapi langsung tidak keseluruhan oren.
Kenapa agaknya? Adakah disebabkan protokol? Tidak ada peraturan fesyen diraja yang menghalang kerabat dari memakai warna tangerin itu. Mungkin ia adalah pilihan peribadi Kate, atau mungkin dia tidak menemui rupa oren yang scocok dengannya.
- Foto – Insider
Menurut The Express, warna oren membuatkan seseorang ‘kelam’ dan ‘buruk’ dalam gambar, jadi ia cenderung dielakkan oleh para selebriti.
Betul ke warna oren buruk dalam gambar?