Bagi kamu yang mengikuti perkembangan dunia solekan, Urban Decay adalah salah satu jenama kosmetik yang disegani dalam kalangan penggunanya. Palet pembayang matanya adalah yang paling hit dan sering menjadi pujaan si peminat-peminat tegar mekap artis.
Dari pengenalan Naked, Naked 2, Naked 3 hinggalah ke Naked Heat, baru-baru ini Urban Decay sekali lagi tampil mengejutkan semua dengan kemunculan palet baharu yang mengetengahkan rona-rina kemerahan yanng boleh dikatakan feminin!
Ini adalah merupakan kelainan yang unik kerana sebelum ini Urban Decay popular kerana koleksi palet pembayang mata Naked yang rata-ratanya berasaskan rona perang dan rona-rona tanah semata.
Diberi nama Naked Cherry, ia hadir dengan 12 warna pilihan yang terdiri daripada warna merah jambu, ungu, merah hati, peach, jingga samar, coklat gelap serta gangsa.
Secara amnya warna-warna yang dibawakan menerusi palet ini sesuai untuk semua jenis tona kulit, baik yang paling cerah hinggalah buat si kulit hitam manis, ianya pasti mampu dimanfaatkan untuk gaya solekan sehari-hari day-to-night.
Dari segi tekstur, terdapat 5 warna pembayang mata yang memiliki konsistensi berkilau (shimmer) dan yang selebihnya adalah matte. Manakala, kotak pembukunsannya pula adalah berbentuk palet yang diperbuat daripada material plastik jernih keras dan dihiasi ilustrasi buah ceri. Ia turut hadir bersama sebatang berus solekan mata yang memiliki dua kepala, sama seperti palet-palet Urban Decay Naked yang sebelum ini.
Tonton Video Pengenalan Urban Decay Naked Cherry
Buat masa ini, pihak Urban Decay belum lagi mengumumkan kemunculan palet itu, baik menerusi media cetak mahupun akaun media sosialnya. Akan tetapi foto palet itu telah dibocorkan oleh sebuah akaun Instagram yang menggunakan nama @trendmood1 sejak enam hari lepas.
Apa-apa pun, kalau kamu dah tak sabar nak memiliki palet ini, cepatlah kumpul duit. SEbaik Urban Decay umumkan pelancarannya nanti, boleh terus beli kan… ❤