Well.. Well…
Pada yang tidak tahu bintang pop Taylor Swift sudah menemui cinta hati barunya dengan aktor Joe Alwyn. Walaubagaimanapun, pasangan ini mengambil pendekatan menjalin hubungan secara privasi dan tidak mahu kelihatan keluar berduaan di tempat awam. Baguslah begitu takut terlalu banyak spotlight boleh binasa hubungan mereka dengan propaganda media.
Punya rupa paras yang sedap mata memandang, Joe Alwyn baru-baru ini membuat penampilan umum untuk mempromosikan filem lakonannya The Favourite di Festival Filem Venice ke-75. Sekadar mengenakan suit tuxedo, ternyata penampilan anak muda ini mencuri tumpuan lensa.
Bahkan netizen mengibaratkan Joe sudah seperti James Bond kerana aura, renungan dan senyuman mampu mencairkan semua.
Ditemani aktres Emma Stone yang turut sama terlibat dalam filem tersebut. Katanya pemenang Oscar itulah yang telah memperkenalkan Taylor dengan Joe. Wahhh…
Memang tak dinafikan teman lelaki Taylor Swift ni segak orangnya, lihatlah sendiri… Hopefully hubungan mereka berkekalan ❤