Ada di antara kita yang lagi cantik kalau berambut pendek berbanding panjang dan sebaliknya. Ada yang memilih gaya bangs kerana ingin menutupi dahi luas bak padang bola. Ada pula merasakan bangs memberi penampilan yang muda dan segar. Anda pula bagaimana, pernah gayakan bangs?
Tidak terkecuali beberapa bintang popular ini yang sinonim dengan gaya bangs yang menutupi dahi mereka, ternyata ia tampak lebih cantik dan menarik.
Dakota Johnson
Tanpa bangs ikoniknya, bintang filem erotik 50 Shades ini langsung tidak dikenali. Buktinya ketika Dakota muncul sebagai muka depan Cosmopolitan Australia, rata-rata orang ramai tidak mengecam empunya diri.
Bahkan ada berpendapat aktres ini nampak lagi cantik dengan bangs dari sebaliknya, rupa paras terlihat lebih manis dan berseri.
BlackPink Lisa
Sejak debut tahun lepas sehinggalah kini, jarang sekali idol muda ini tampil gaya rambut tanpa bangs. Bangs sudah sinonim dengannya, sehingga ramai peminat ingin mengetahui bagaimana rupa Lisa kalau tanpa bangs.
Muncul dalam program realiti Real Men, Lisa mengejutkan semua dengan gaya rambut lebih neat dan clean tanpa bangs ikoniknya. Ternyata Lisa tanpa bangs memberi sisi dewasa dan seksi. Korang setuju tak?
Zooey Deschanel
Betullah orang kata potongan rambut boleh merubah penampilan seseorang. Bukti pada aktres Zooey Deschanel.
Dia kelihatan lebih matang dan berusia tanpa bangs. Penulis lebih suka Zooey dengan trademark bangs, setuju tak?
Taylor Swift
Bintang pop ini memang terkenal dengan bangs, rambut kerinting, gincu merah – itu merupakan signature beliau.
Yang penulis perasan Taylor tanpa bangs memberi sisi garang dan edgy manakala dengan bangs terserlah imej ‘girls next door’.
Nana Komatsu
Bintang Jepun ini memang terkenal dengan potongan rambut barbie doll. Bila tanpa bangs, Nana nampak lebih maskulin tapi still comel.
Korang rasa mereka lagi cantik dengan bangs atau tanpa? Suarakan pendapat di bawah ini…