Kesihatan

Kajian Makmal Buktikan Teh Hijau Mampu Lemahkan Sel Kanser Payudara

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Kajian Makmal Buktikan Teh Hijau Mampu Lemahkan Sel Kanser Payudara

Selama ini tanpa kira sedari, ramai sebenarnya pesakit kanser yang menggunakan kaedah penyembuhan penyakit berbahaya itu dengan mengamalkan pengambilan teh hijau.

IKLAN

Di barat umumnya, penggunaan teh hijau dalam merawat kanser adalah sangat dipuji kerana ianya dianggap begitu efektif untuk melemahkan kanser. Tidak kurang, ada juga antara golongan yang kurang meyakini keberkesanan teh hijau sendiri sehinggalah hasil kajian klinikal dari makmal oleh pakar-pakar perubatan telah berjaya membuktikan kemampuan teh hijau untuk menyah-aktifkan sel kanser dalam kalangan pesakit yang menghidapnya.

Menurut laporan yang dikeluarkan Daily Mail, para pengkaji dari University of Salford akhirnya menemui jawapan setelah beberapa lama mencari penawar terbaik untuk membunuh kanser.

Sumber: CNA

Ia seolah memberi harapan baru apabila kajian dilakukan dengan melihat ttindak balas ekstrak teh hijau apabila diletakan bersama sel tunjang kanser payudara dan hasilnya sangat mengejutkan -gabungan itu tidak melahirkan tumor sebaliknya bantu memulih dan memperbaharui sel yang telah dicemari sel kanser.

Profesor Micheal Lisanti yang memimpin penemuan itu berkata, “Hasil kajian ini telah terbukti memberi kesan positif dan telah diterbitkan di dalm jurnal saintifik berjudul Aging.

Foto -REUTERS/Peter Nicholls

Dalam erti kata lain, teh hijau sebenarnya menghalang sel kanser untuk matang dan membesar seterusnya menjadi tidak aktif dan mati”, tambahnya.

Pada masa hadapan, teh hijau mungkin akan digunakan secara komersial sebagai penawar kanser yang berpotensi, bahkan ia hadir dari sumber bahan semula jadi yang ternyata lebih selamat berbanding ubat-ubatan berbentuk dadah terkawal. 

Sumber: Pinterest

Meskipun begitu, menurut Cancer Research UK’s buat masa ini belum ada bukti sokongan yang kukuh mengenai kesahihan tentang teh hijau bisa bantu merawat pesakit kanser. Hal ini masih dalam poeringkat awal dan perlu penelitian yang lebih 

SUMBER 1, 2

IKLAN