Seorang pelajar undang-undang berusia 20-an mencuri tumpuan ramai apabila tampil berhijab ketika berjalan di pertandingan ratu cantik Miss England.
Sara Iftekhar, dari Huddersfield berharap dapat merangkul mahkota Miss England dalam acara akhir di Kelham Hall, Nottinghamshire minggu depan.
Pelajar Islam itu tidak dapat meluahkan kegembiraan berkata dia seperti tidak percaya berjaya sampai sejauh ini kerana ramai peserta yang hebat-hebat.
“Ia adalah satu pengalaman yang luar biasa dan sesuatu yang tidak akan saya lupakan. Peluang yang saya terima dengan menjadi finalis di Miss England adalah peluang yang cukup luar biasa dan selama-lamanya berterima kasih.” tulisnya di Instagram.
Menulis di halaman GoFundMe, Sara berkata: “Saya menyertai Miss 2018 untuk menunjukkan kecantikan itu tidak mempunyai definisi, semua orang cantik dengan cara mereka sendiri, tanpa mengira berat, bangsa, warna atau bentuk mereka.”
Sara akan menghadapi saingan sengit daripada 49 ratu cantik lain pada pertandingan akhir Selasa ini. Jika dia menang, dia akan terbang ke Sanya, China untuk mewakili England di Miss World 2018.