Tak perlu diperjelas panjang lebar lagi, hakikatnya memang ramai orang Malaysia ini sejenis yang racist. Percaya atau tak memang orang kita suka bangkitkan isu perkauman dan sebagai contoh adalah dengan melabel orang Kelantan dengansifat-sifat yang negatif. Tapi kenapa agaknya ya?
Ke mana sahaja penulis pergi, memang ada isu tentang tak puas hati terhadap masyarakat Kelantan walhal orang-orang mereka bijak belaka dan ramai berjaya memegang jawatan-jawatan tinggi dalam organisasi. Tak kurang pula, wanita-wanita dari negeri itu paling cantik dan memiliki rupa paras yang tiada tandingan. Tetapi itulah yang peliknya, kenapa golongan yang tinggal di negeri pantai timur itu sering dikaitkan dengan perkara buruk?
Ini 5 stigma kotor yang sering dikaitkan dengan mereka.
#1 Orang Kelantan Suka Berpuak
Rasanya memang ramai yang beranggap begitu. Tak dinafikan ada diantara orang Kelantan yang memang intim dengan kaum dari negerinya sendiri. Mungkin kerana tradisi dan cara pemikiran mereka yang sama, namun janganlah kita terlalu buruk sangka terhadap mereka. Sama sahaja dengan orang Kedah kalau jumpa orang Kedah, dialek bahasa mereka pasti lebih ramah apabila ditutur bersama kerana sudah lumrah kita akan jadi lebih mesra apabila kita bertemu dengan orang yang lebih banyak persamaan dengan kita betul tak?
#2 Orang Kelantan Pengotor
Nak cakap betul tu mungkin bukan semua tetapi penulis sendiri pun pernah serumah dengan orang Kelantan sewaktu zaman Universiti dulu. Nak dijadikan cerita, yang orang Kelantan ni pembersih pula. Tak adalah pula dia pengotor macam yang ramai canangkan. Yang pengotor nak tahu siapa? Kawan sebilik orang Kelantan yang berasal dari Kuantan, Pahang tu.
Jadi, jangan cepat menghakimi orang mengikut negeri. Senang kata, sesiapa pun boleh jadi pengotor tak mengira umur, jantina mahupun negeri.
#3 Orang Kelantan Ganas, Suka Bergaduh?
Sentimen ini dipegang terutamanya apabila berlaku perlawanan bola sepak di antara Kelantan dengan mana-mana negeri semalaysia. Penyokong Kelantan khabarnya ganas dan suka cari gaduh hila pasukan sokongannya itu kalah atau sebgaainya. Mereka juga sering dikatakan berkelakuan tidak bertamadun dalam stadium.
Mungkin kejadian ini berlaku kerana pertalian ukhuwah mereka itu kuat berlaka. Cuma, ia seharusnya tidak terjadi kerana kita sama-sama hidup dalam rumpun masyarakat yang sama, jadi kenapa perlu berkelakuan begitu betul tak? Yang ini, rakyat Kelantan mungkin perlu sedia perbetulkan keadaan demi kebaikan semua.
#4 Lelaki Kelantan Gatal?
Ewah… yeke? Penulis rasa mana-mana lelaki pun ‘miang’ kerana itu emmang lumrah sifat lelaki. Cuma mungkin lelaki dari pantai timur ini lebih terbuka untuk menegur wanita tanpa segan silu. Hal ini lebih parah apabila ada laporan dibuat bahawa lambakan video lucah Melayu turut banyak datang daripada Kelantan. Kenapa agaknya?
Jawapannya mudah kerana orang Kelantan dikenali melalui dialeknya yang cukup pekat. Jika pelaku dalam video lucah itu menggunakan dialek yang sama, sudah tentu ramai diantara kita yang mudah megecamnya bukan? Ya… jadi dari situlah bermula, ramai orangkita melabel lelaki Kelantan adalah orang yang pervert.
#5 Lelaki Kelantan Pemalas, Orang Perempuannya Rajin?
Mungkin itu kebetulan. Tak bolehkah kita tidak terlalu stereotaip. Pernah juga penulis dengar yang orang lelaki Sarawak lebih rajin daripada yang perempuannya. Bebarkah semua ini? Memang ramai tokoh usahawan berjaya berdarah Kelantan seperti DVS, Neelofa dan ramai lagi sehingga membuatkan kita terfikir “Oh, betullah perempuan Kelantan memang rajin belaka manakala lelakinya tidak”… Tetapi itu tak bermaksud yang lelaki Kelantan adalah pemalas.
Jadi pokoknya, janganlah kita perlekehkan orang Kelantan sebegitu rupa. Cuba cermin diri sendiri dahulu sebelum membuat sebarang stigma yang boleh memecah-belahkan rumpun masyarakat. Selamat Hari Merdeka yang ke-61 dan semoga negara kita terus harmoni mencapai kesepakatan dalam memajukan negera.
Selamat beramal! ❤