Sebagai seorang manusia, kita hanya mengharapkan kegembiraan kerana ia mampu membawa kebahagian. Perbuatan menangis pula sering dianggap sebagai pemunsah emosi kerana sekelip mata dapat menjadikan kita seorang individu yang negatif. Tetapi tahukah kamu menangis itu sedikit-sebanyak juga mmapu menyumbang kebaikan buat manusia? Ini Wanista jelaskan bagaimana perbuatan mengeluarkan air mata bisa memberi manfaat kepada kita.
#1 Membunuh Bakteria
Serislah? Yup, ini kerana air mata mengandungi cairan “lysozyme” yang mampu membunuh bakteria hingga 59%. Ia membunuh dengan cara menghancurkan dinding sel bakteria tersebut. Selain itu, penelitian pakar juga mendapati, air mata turut mengandungi properti anti-mikrobaa yang dapat melindungi tubuh. WOW!
#2 Menyihatkan Mata Secara Percuma!
Air mata yang keluar boleh melembabkan mata dan mencegah dehidrasi pada selaput mata. Selain itu air mata juga bantu mengeluarkan kotoran dan debu yang telah menapak lama di celah-celah bebola mata. Sama fungsinya dengan ubat mata, mennagis boleh menjernihkan kembali penglihatan secara percuma!
#3 Hilangkan Stress
Selain tingkatkan mood, mennagis juga dapat meringankan dan menghilangkan stress. Ini kerana air mata bantu menurunkan hormon tekanan jiwa yang dikenali sebagai kartisol. Bukan tu je tau, ketika manusia menangis, tekanan darah juga akan menurun. ini berterusan sehinggalah kamu merasa lega dan tenang setelah puas menangis.
#4 Mengeluarkan Racun
Fungsinya sama seperti ketika manusia berpeluh, menangis juga melakukan proses pembuangan racun dari tubuh menerusi detoksifikasi. Segala zat yang tidak berguna akan disalur keluar menerusi tangisan dan hasilnya tubuh menjadi lebih harmoni!
#5 Meningkatkan Kembali Mood
Stelah puas menangis, manusia akan mengeluarkan suatu hormon yang sebenarnya melegakan perasaan. Kita pasti akan berasa lebih baik daripada sebelumnya. Ini kerana, menangis sebenarnya dapat memulih dan meningkatan kembali mood yang merudum.
Ketika air mata keluar, zat endorfin akan terhasil dan ianyalah yang bantu menyeimbangkan emosi ke tahap normal.
Sekarang dah jelas kenapa? Jadi lepas ni tak perlu lagi tahan menangis. Ia memanglah memalukan bagi sesetengah orang lebih-lebih lagi golongan lelaki, tetapi menangis juga mampu menyihatkan tubuh badan kita ke tahap yang lebih sejahtera. Selamat beramal! ❤