Kita sering didedahkan dengan cerita-cerita selebriti di Hollywood tetapi jarang dihidangkan dnegna perkembangan selebriti dari negara jira, Indonesia. Ramai menyangka Indonesia adalah negara ketinggalan yang tidak mengikut trend dan perkembangan semasa dunia namun hakikatnya, ada di antara ‘orang mereka’ yang jauh lebih maju dalam industri media sosial jika dibandingan dengan orang kita.
Kalau di Malaysia kita ada jaguh media sosial wanita yang mengumpul ramai followers seperti Johanis Sani, Nisha Ezzati, Naddy Sushi, Syafiqah Aina dan Sharifah Rose, tetapi kalau di Indonesia pula siapa bintang Instagram paling layak digelar “The Queen of Instagram’? Ini 8 bintang Instagram Wanita Indonesia pilihan Wanista dan jangan pandang sebelah mata, mereka ini bukan cantik fizikal semata-mata je tau.
#1 Fathia Izzati | Pengikut IG: 319k
Merupakan anak gadis berusia 23 yang multi-talented, Fathia atau lebih dikenali dengan nama “Kitten Dust” popular kerana sebuah video yang dimuat-naik di saluran Youtube berjudul “21 Accents”. Dari situ beliau mula dikenali hingga ke Malaysia dan Eropah. Siapa tahu, rupanya Fathia juga pandai menyanyi serta bermain alat muzik, mempunyai band bersama abang sulungnya dan galak berbahasa Inggeris kerana pernah menetap di New York buat beberapa tahun sewaktu kecil dahulu.
Menurut Fathia, bapanya adalah seorang pegawai diplomat yang sering merantau untuk mewakili kedutaan Indonesia. Apa yang menarik, fathia juga merupakan graduan undang-undang tau. Such a beauty with the brain.
Follow Instagram: @kittendust
#2 Eva Celia | Pengikut IG: 517k
Mula menceburi bidang lakonan sejak berusia 88 tahun, Eva yang kini berusia 26 tahun juga merupakann seoranng penyanyi pop yang turut dikenali hingga ke Eropah.
Beliau pernah dicalonkan untuk kategori Album of the Year dan female Singer of the Year untuk anugerah Indonesian Choice Awards pada tahun lalu.
Untuk pengetahuan semua, Eva adalah anak kepada aktres Indonesia Sophia Latjuba dan pemuzik Indra Lesmana.
Follow Instagram: @evacelia
#3 Maria Rahajeng | Pengikut IG: 109k
Merupakan pemenang ratu cantik Miss Indonesia 2014, Maria yang kini berusia 27 7tahun pernah mewakili negaranya ke peringkat Miss World tahu!
Beberapa ketika selepas itu, beliau disunting sebuah agensi penyiaran untuk mengacarakan rancangan All Access Indonesia untuk E! News Asia dan sejak itu Maria mulai meraih populariti dalam kalangan masyarakat bahkan sense of fashion yang dimilikinya memikat hati ramai sekaligus mengangganya sebagai antara ikon fesyen popular di Indonesia.
Untuk pengetahuan semua, Maria dibesarkan di California dan memiliki adik kembar perempuan bernama Elizabeth Rahajeng dan seorang lagi adik perempuan bernama Agnes Rahajeng.
Follow Instagram: @mariarahajeng
#4 Febby Rastanty | Pengikut IG: 3.4 Juta
Baru sahaja berusia 22 tahun, Febby adalah antara pelakon dan penyanyi remaja yang sangat dikagumi di Indonesia. Beliau sebelum ini mula dikenali menerusi penglibatannya dalam sebuah kumpulan muzik wanita bernama BLINK. Bukan itu sahaja, kemunculan beliau juga banyak disedari orang menerusi drama bersiri dan filem popular seperti “High School Love Story” dan “Heart Beat”.
Pada tahun 2012, Febby pernah meraih anugerah Pelakon Wanita Terbaik pada kejuaraan SCTV Awards untuk wataknya sebagai Nina dalam drama “Putih Abu Abu”. Jangan tak tahu, gadis ini merupakan graduan undang-undang dari Universitas Gadjah Mada tau!
Follow Instagram: @febbyrastanty
#5 Amanda Rawles | Pengikut IG: 1.5 Juta
Baru berusia 18 tahun, Amanda Rawles adalah seorang Youtuber yang sangat obses dengan kosmetik dan produk kecantikan. Beliau banyak berkongsi tutorial membuat solekan di saluran Youtube miliknya bahkan kini banyak menjadi wajah dan model untuk jenama-jenama terkemuka.
Tidak cukup dengan itu, Amanda juga merupakan seorang pelakon yang mula dikenali menerusi drama berjudul “Duyung”.
Biarpun baru sahaja memulakan karier sebagai bintang Youtube pada 2013 dahulu, beliau sudah memiliki hampir 300 ribu pengikut bahkan, air wajahnya yang begitu jelita langsung tak menampakkan yang usianya baru belasan tahun. Saling tak tumpah seperti gadis yang sudah menginjak 20-an. OMG!
Follow Instagram: @amandarawles
#6 Alexandra Asmasoebrata | Pengikut IG: 68.3k
Walaupun wajahnya boleh dikatakan feminin, jangan tak percaya yang Alexandra yang berusia 30 tahun ini adalah wanita yang satu dalam 1000! Nama beliau sering disebut-sebut dalam arena sukan permotoran dan ligat memandu kereta lumba formula 2000cc tau! Beliau juga pernah mengharumkan nama Indonesia dalam kejuaraan-kejuaraan yang disertai.
Kini sejak dirinya mula berkecimpung dalam dunia populariti, sedikit demi sedikit Alexandraa banyak muncul di pentas-pentas fesyen menjadi muse untuk beberapa jenama pereka ternama Indonesia dan bukan itu sahaja, beliau juga dikhabarkan sedang berjinak-jinak dalam dunia perniagaan kosmetik.
Follow Instagram: @alexandra.asma
#7 Jharna Bhagwani | Pengikut IG: 62.7
Baru berusia 16 tahun pun sudah cantik begini, apa entah lagi kalau sudah dewasa nanti? Jharna adalah peminat mekap tegar dan ramai yang rasa tercabar dengan bakat solekan yang beliau miliki.
Tidak pernah bosan memuat naik video hasil solekan yang dibuatnya, Jharna kini boleh dianggap setanding MUA profesional yang lain kerana teknik solekan yang beliau gunakan umpama sudah memiliki ijazah dalam bidang kosmetik dan solekan! Kalau tak percaya boleh lihat sendiri video dan foto-foto yang dimuat naiknya ke akaun Insatgram.
Oleh kerana bakatnya itu, Jharna banyak menerima tawaran untuk berkolaborasi dengan jenama-jenama kosmetik besar seperti Nyx. Bukan itu sahaja, gara-gara berjaya meniru solekan Zendaya, Jharna pernah menerima likes dari bintang dan ikon fesyen itu sendiri tau!
Follow Instagram: @jharnabhagwani
#8 Jessica Mila | Pengikut IG: 10.7 Juta
Merupakan seorang peragawati dan pelakon dalam waktu yang sama, beliau mula popular kala muncul dalam sebuah drama bersiri berjudul “Cinta SMU” yang diterbitkan sekitar 2002. Tidak lama selepas itu, beliau meraih anugerah sebagai pelakon wanita terbaik! Namun, memilih untuk mengembangkan karier dalam bidang peragaan sebagai model sambilan.
Walau bagaimanapun, Jessica yang kini berusia 26 tahun akhirnya memutuskan untuk kembali ke dunia lakonan sekitar 2007 hingga kini.
Follow Instagram: @jscmila
Dalam banyak-banyak gadis ni, mana yang paling menarik di hati korang? Jangan lupa lihat foto-foto gah mereka di Instagram okay?! ❤