Tahu bagaimana restoran makanan segera paling popular di dunia “McDonald’s” mendapat namanya?
Ray Kroc, merupakan pengasas McDonald’s, tetapi nama sebenar McDonald’s berasal dari sebuah restoran yang dikunjungi di San Bernardino, California yang dikendalikan oleh saudara-saudara Richard dan Maurice McDonald. Kroc menyertai mereka sebagai ejen francais dan pada tahun 1955 idea McDonalds dilahirkan. Geniuskan…
Selain McDonald’s, terdapat beberapa lagi jenama makanan yang juga diberi nama sempena nama orang sebenar. Rasanya di Malaysia ada tak?
Ramly
Burger Ramly diasaskan pada tahun 1979 oleh Tuan Haji Ramly b. Mokni dan Puan Hajjah Shala Siah Bt. Abdul Manap daripada cetusan idea dan hasrat murni untuk mengeluarkan produk yang halal, bersih dan bermutu.
Guinness
Jenama bir terkenal ini bermula pada tahun 1759, ketika Arthur Guinness menandatangani pajakan di sebuah rumah kecil di St James Gate, Ireland untuk membuat minuman. Beliau mengeksport kumpulan pertama ke England pada tahun 1769, dan syarikat itu telah membuat Guinness sejak itu. Anaknya, Arthur Guinness II, mengambil alih syarikat itu pada tahun 1803.
Kellogg’s
Bijirin Kellogg’s mula dicipta ketika W.K. Kellogg mendapati cara untuk meratakan jagung. Kumpulan pertama Kellogg’s Corn Flakes dibuat pada tahun 1906, dan hari ini, produk jenama Kellogg’s dijual di lebih 180 buah negara seluruh dunia.
Heinz
HJ Heinz komited untuk membuat sos tomato asli. Syarikat itu mula mencipta sos pengawet pada tahun 1906, sos peruana seumpamanya.
Wendy’s
Wendy Thomas merupakan nama yang diambil untuk restoran makanan segera Wendy’s. Bapanya, Dave Thomas, memulakan Wendy’a pada tahun 1969 dan menggunakan wajah anak perempuannya itu sebagai logo.
Baskin Robbins
Ben Cohen dan Jerry Greenfield menukar sebuah stesen minyak lama dan memulakan kedai ais krim di Burlington, Vermont. Syarikat itu telah wujud sejak tahun 1978.
Siapa sangka awalannya hanya sekadar impian kecil tetapi kini terus menjadi pilihan serata dunia.