Tips - Fesyen

Pemilik Butik Kongsi Tips Pilih Baju Kahwin Untuk Wanita Berbadan Besar

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix. Nak tahu tentangnya, pergi ke @lisaabdghani..
Pemilik Butik Kongsi Tips Pilih Baju Kahwin Untuk Wanita Berbadan Besar

Nak cari baju pengantin bukan perkara mudah, bukan sekali datang butik terus jumpa yang berkenan. Kalau yang bertuah dapatlah apa yang diimpikan, tapi kira ikut nasib. Ada yang pelbagai majalah sudah dibelek, setiap butik pengantin sudah digeledah tapi masih belum jumpa yang ideal. Bila sudah jumpa, beberapa faktor lain pula harus dipertimbangkan – kos perbelanjaan, tema majlis, pandangan ibu bapa serta bermacam lagi yang memang buat kamu dan pasangan pening. Tapi nak buat macam mana, kata nak kahwin memang kena hadap semua itu.

Untuk itu, pengasas Curvy Brides Boutique Jo Cooke dan Alison Law sedia menyelamatkan para wanita yang berbadan besar dalam mencari wedding dress idaman.

Good Luck

Saiz sangat penting

Foto – Glamour

Jo dan Alison menekankan bahawa gaun pengantin anda mungkin akan menjadi pakaian paling mahal dan penting yang akan dimiliki dan dipakai. Oleh itu, jangan salah faham saiz koleksi baju pengantin untuk wanita berbadan besar sama dengan koleksi standard yang lain. Setiap orang punya saiz yang berbeza, jadi jangan takut untuk mengukur diri dan mendapatkan gaun yang paling sempurna.

Buat kajian sebanyak mungkin

Foto – The Winona Mall

Jika anda sudah mempunyai senarai kedai pengantin yang anda rancang untuk melawat – terus buat panggilan untuk memastikan mereka mempunyai saiz besar untuk anda mencubanya. Sesetengah kedai ada mengiklankan bahawa mereka mempunyai baju bersaiz besar yang tersedia walhal hakikatnya mereka perlu memesan terlebih dahulu. Jadi jangan buang masa datang dari jauh tetapi hanya kekecewaan yang diperolehi.

Lebih terbuka memilih gaya

Foto – www.oliviasbridalhouse.com

Jo dan Alison selalu menggalakkan pelanggan mereka untuk berani mencuba stail yang baru dan membuat pilihan. Bak kata “anda tidak akan tahu jika tidak mencuba” – cuba berfikiran terbuka dan pergi kepada stail yang tidak pernah anda cuba sebelum ini.

Pilih biar yang terbaik 

Foto – sposabellajhb.com

Ini merupakan hari istimewa anda, jadi anda berhak untuk menginginkan apa yang anda mahu dan paling penting terbaik – dapatkan apa yang anda mahu. Jo sentiasa memastikan pelanggannya gembira dan suka dengan pilihan mereka bukan setakat menurut pandangan sahaja. Jo dan Al sama sekali tidak gembira jika pelanggan hanya merasakan ‘okay’ tentang pilihan mereka.

Jangan sesekali online shopping

Foto – PenmerahPress

Memang mudah bila fikirkan anda mempunyai semua yang digambarkan – duduk di rumah, melayari laman web untuk sesuatu yang berpatutan, cari dan ‘adding to cart’. Berhati-hati dengan laman web murah ini kerana mereka ada alasan mengapa mereka tawarkan harga murah. Ada kemungkinan besar ia ditawar murah kerana kualiti sub-standard sahaja. Jo dan Alison menjelaskan bukan mustahil untuk mencari pakaian yang berpatutan di kedai, kena tahu musim dan pakej yang ada.

Yang penting perkahwinan anda sepatutnya menjadi salah satu hari-hari terbaik dalam hidup – buatlah pilihan yang terbaik dan nikmatinya.

Teruskan menonton Curvy Brides Boutique bermula 31 Ogos 2018 jam 8 malam di TLC (Astro Channel 707) untuk mengetahui tips terbaik menjelang hari bahagia anda.

Selamat Beramal!