Kecantikan

Produk Kecantikan Berubat “Medicube” Dari Seoul Kini Ada Di Guardian

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Produk Kecantikan Berubat “Medicube” Dari Seoul Kini Ada Di Guardian

Mempunyai kulit bermasalah bukanlah perkara yang boleh dianggap remeh. Sebaliknya ia mampu mendatangkan tekanan buat sesetngah individu yang tidak tahu mengawal emosi dan pemikiran. Justeru, pemilihan produk penjagaan kulit adalah perlu diteliti dan harus hanya memanfaatkan produk yang bersesuaian dan selamat untuk digunakan agar masalah kulit tidak menjadi lebih serius.

IKLAN

Sehubungan itu, Guardian kini tampil dengan lebih banyak pilihan untuk memenuhi permintaan pasaran di Malaysia berkenaan produk penjagaan kulit berubat. Khususnya ditargetkan kepada mereka yang buntu mencari solusi bagi memulihkan masalah kulit berpanjangan seperti kerosakan yang disebabkan matahari umpama bintik pigmentasi, kekeringan ekstrem, radang kemerahan dan banyak lagi.

RED FOAM CLAENSER: RM79.25. Foto -Arkib Wanista

Red Foam Cleanser diramu dengan bahan semula jadi yang telah diuji secara klinikal untuk merawat hingga ke kulit yang paling sensitif bahkan, ianya juga sesuai untuk penggunaan harian. Manakala Red Erasing Cream pula mampu bantu mencerahkan noda kulit, bintk hitam, parut jerawat serta kedutan.

RED ERASING CREAM: RM121.70. Foto -Arkib Wanista

Untuk pengetahuan semua, Medicube adalah jenama klinik dermatologi ternama di Seoul, Korea. Jadi tak perlu takut pun kalau hendak cuba produk ni. Ianya memang dirumus berdasarkan ilmiah para pakar kulit dan serta berkesan untuk pemulihan masalah kulit secara sistematik.

Bintang Running Man, Yoo Jae Suk sebagai duta medicube Korea. Sumber: facebook/YooJaeSuk VietFans

Kesemua rangkaian penjagaan kulit Medicube boleh dibeli dari beberapa cawangan Guardian terpilih termasuklah Sunway Pyramid, City One Megamall Kuching, One Utama dan lain-lain. 

Info lanjut di [guardian.com.my].