IKLAN
Info Menarik

Tarikan Baharu Untuk Kaki Foto Di Selfie Museum Pertama Malaysia!

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Tarikan Baharu Untuk Kaki Foto Di Selfie Museum Pertama Malaysia!

Seiring dengan perkembangan trend semasa, pusat membeli-belah Fahrenheit 88 kini menawarkan tarikan baharu berbentuk taman tema mini yang dipanggil Selfie Museum!

IKLAN
Sekitar pelancaran Selfie Museum di Fahrenheit 88, Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Foto -Arkib Wanista

Istimewa buat si kaki selfie, kamu kini tak perlu berfikir panjang untuk mencari latar terbaik atau lokasi best untuk merakam foto-foto #ootd mahupun foto kenangan bersama teman sekalian. Selfie Museum pertama di Malaysia ini akan mula dibuka kepada pengunjung bermula 31 Ogos ini.

Foto -Wanista

Terdapat 9 Bilik Yang Bertemakan Manisan

Foto -Wanista

Apa yang menarik, Selfie Museum KL menawrakan 9 buah bilik bertema yang semuanya diinspirasikan dariapda manisan kegemaran rakyat Malaysia. Warna dan konsep yang diketengahkan semua bilik tema ini juga sesuai untuk semua peringkat umur bergembira bersama dan pastinya menggamit memori.

Foto -Wanista

Antara bilik tema yang ditawarkan untuk pengujung berswafoto adalah termasuk “The Giant Cakes”, “Everything’s Sweet”, “Fluffy Path”,  “Ice-Cream World”, “Rainbow”, “Super Happiness”, “Splash Lab” dan “Do-Nut-Stop”.

Foto -Wanista

Setiap seatu bilik ini mempunyai penaja tersendiri seperti Hotlink, dUCk Scarves, Tealive & Llaollao, Baskin Robbins, SAMSUNG Galaxy serta Pandora.

Foto -Wanista

Setiap perhentian pengunjung akan dapat merasa manisan unik!

Lebih mengujakan, pengunjung bukansahaja dapat berswafoto sepuas-puasnya dan bergembira bersama tersayang, manisan percuma juga akan diberikan berbentuk kek cawan berperisa sirap dan gula melaka, ais krim Baskin Robbins, minuman TeaLive dan banyak lagi tau! Seronok bergembira sambil mengenyangkan perut.

IKLAN
Foto -Wanista

Harga Tiket:-

Dewasa: RM45 | Kanak-Kanak: RM30

Foto -Wanista

Setiap pembelian tiket menerusi atas talian layak menerima diskaun RM5! Untuk keterangan lanjut sila klik [selfie.com.my].