Nak bergaya persis si puteri Meghan Markle?
Jenama fesyen jalanan, Zara telah mengeluarkan blazer yang dikatakan inspirasi daripada blazer yang dipakai Meghan Markle pada bulan Jun di acara Trooping The Colour. Ya blazer off-shoulder kombinasi warna merah jambu lembut dan peach, manis dan seksi pada masa yang sama.
Zara Boat Neck Blazer yang berharga hanya £69,99 (RM335), masih mengekalkan off-shoulder, pastinya mengingatkan pada blazer Caroline Herrera yang Duchess of Sussex pakai pada hari tersebut.
Memberi kelainan dengan berlengan panjang, blazer ini sesuai dipakai ke pejabat atau acara korporat dan jika berani boleh sahaja dipakai harian.
Sejak keluar di pasaran, blazer Zara yang tampil warna merah ini menjadi buah mulut ramai dan rata-rata yakin Zara mendapat inspirasi daripada Meghan Markle.
I think it is clear where the inspiration of this Zara red blazer comes from @whatmegwore @MeghansMirror @meghansfashion pic.twitter.com/6T1kfkOvna
— Giulia (@Giulia_lelepug) August 26, 2018
Certainly a great find – I’m sure we will see more of this echoed in upcoming pieces everywhere! https://t.co/ugqS3kOhG1
— What Meghan Wore (@whatmegwore) August 26, 2018
Pada masa ini, blazer Zara didatangkan dalam saiz kecil hingga besar, jadi semua orang boleh bergaya bak Meghan Markle.
Harapnya selepas ini Zara tampil dengan pilihan warna lain dan blazer dress terus. Baru sebiji si cantik hitam manis ini.