Seperti yang kita semua tahu, pelanton lagu popular “Shape of You” ini adalah seorang yang perahsia. Boleh dikatakan ramai yang tidak tahu-menahu tentang wanita idamannya sehinggalah beliau memuat naik foto dan kenyataan menerusi akuan Instagramnya yang beliau sudah bertunang dengan gadis pilihan hati bernama Cherry Seaborn sekitar Krismas tahun lalu.
Sejak semalam, kecoh media-media barat menjaja cerita bahawa Ed Sheeran sebenarnya sudah selamat berkahwin secara senyap-senyap. Gosip ini bermula apabila Ed Sheeran sendiri secara tiba-tiba (mungkin tanpa sedar) telah memberi petunjuk bahawa dia sebenarnya sudah beristeri baru-baru ini.
Menurut laporan yang dikongsikan dalam sebuah temu bual bersama Access, Ed diaju dengan soalan berbunyi:-
“Macam mana dengan persiapan perkahwinan? Sudahkan kamu mmeilih tarikh? Tahukah kamu di mana lokasi tempat perkahwinan dan bila agaknya majlis akan dilangsungkan?”
Secara spontan sambil tersenyum simpul, Ed telah menunjukkan cincin perak di jari manis sebelah kiri seolah-olah dia mengaku yang dia sudah melangusngkan perkahwinan secara senyap-senyap bersama Cherry.
Sebaik wartawan tersebut berada dalam keadaan yang keliru dan tidak percaya, Ed kemudian mengangguk sambil berkata “Oh ya…” dan mula ketawa kecil.
Tonton Video Ed Sheeran Tunjuk Cincin Kahwin
Wartawan tersebut menyambung perbualan dengan bertanya lagi soalan kepada Ed, “Itu sangat mengujakan! Tahniah kawan! Tahniah! Bagaimana kamu melakukannya? (berkahwin diam-diam)
Ed membalas, “Saya tidak pernah melakukan perkara secara terang-terangan.”
Sebelum ini, Ed pernah mendedahkan yang dia sudah bersedia menjadi suami kepada sahabat zaman sekolahnya itu. Menurut Ed lagi, dia sudah tidak sabar untuk memulakan kehidupan berkeluarga bersama Cherry dalam masa terdekat.
Tahniah Wanista ucapkan kalau benar berita tentang perkahwinan Ed ni. Walau apa pun, selebriti tak semestinya melakukan semuanya di depan khalayak betul tak?
Seperti Ed sendiri, beliau lebih suka andai kehidupan peribadinya disimpan sendiri. Tahniah buat Ed Sheeran dan Cherry Seaborn yang masing-masing baru berusia 27 dan 25 tahun! ❤