Dengan adanya platform media sosial, lebih mudah untuk kita belajar tentang teknik solekan baharu dengan cara yang jauh lebih mudah. Tidak seperti orang dulu-dulu kerana perlu berpandu kepada tutorial yang dimuatkan dalam majalah semata-mata betul tak?
Nah, melihatkan anak gadis dan para wanita hari ini yang pastinya lebih gemar bersolek dan mengekspresikan jiwa feminin menerusi warna-warni yang dipamerkan di wajah, namun andai tersilap pilih warna yang tepat mengikut tona kulit mahupun bersesuaian dengan gaya baju yang dipakai, ianya pasti kelihatan ganjil dan buat diri nampak cacat.
Sephora Tawar Palet Pembayang Mata Dengan Himpunan Rona Natural
Bagi yang baru hendak berjinak dengan alat solek, ada baiknya kita melabur wang untuk membeli produk kosmetik yang mudah untuk digunakan bahkan warna-warnanya juga berlandaskan ton-ton natural. Ini kerana, ianya lebih mudah untuk disuai padan dengan semua jenis tona kulit dan dalam masa yang sama, cantik juga untuk disuai-padan dengan pelbagai warna baju.
Terkini, Sephora ada melancarkan dua palet pembayang mata untuk koleksi Sephora Collection yang dipanggil “Palette to Take Away”. Kedua-duanya meriah dengan warna-waran yang berasaskan warna perang kecoklatan serta ungu keemasan. Ia pasti kelihatan manis untuk berada di kelopajk mata sesiapa sahaja baik untuk ke acara kasual mahupun glamor di malam hari!
Pilihan #1: Intense Coffee Collection (RM93)
Sesuai buat mereka yang berkulit agak gelap dan gemarkan gaya solekan mata “smokey eyes, palet pembayang mata yang menonjolkan warna-warna perang keemasan, coklat dan jingga ini adalah paling cocok untuk dimanfaatkan.
Terdapat empat pilihan pembayang mata bertekstur matte dan empat lagi bertekstur glitter dan shimmer, penulis sangat tertarik dengan rona oren terang jenis matte yang turut menemani palet ini, warnanya sangat terang, menaikkan lagi seri wajah si pemakai lebih-lebih lagi kulit individu itu adalah berwana sawo matang atau hitam manis!
Pilihan #2: Spicy Latte Collection (RM93)
Berlatarkan rona-rona keunguan dan keemasan ala warna foto tema lagu Ariana Gramde berjudul “God Is Women”, ianya pasti menyerlah pada kulit individu yang cerah. Warna yang ditampilkan palet ini sangat feminin dan mesra, mudah juga dipadankan untuk segala macam gaya solekan.
Menawarkan 4 rona matte dan empat rona bertekstur glitter dan shimmer, setiap satunya mampu menyalurkan aura sensual yang bakal menyerikan lirikan si pemakai.
Keduanya-duanya menawarkaan lapan warna mempersona, harga yang ditawarkan juga adalah sangat berpatutan dengan saiz palet sebesar bar coklat yang mudah dimuatkan dalam beg dan dibawa bersama saat melancong! Turut disertakan di dalam palet adalah berus berkepala dua serta cermin yang cukup besar untuk memudahkan solekan.
Palet poembayang mata Sephora Collection untuk koleksi Palette to Take Away, Intense coffe Collection dan Spicy Latte Collection boleh dibeli [di sini] pada harga RM93 setiap satu.