Pernah dengar tentang istilah “Segi Tiga Kematian”?
Khusunya bagi yang sudah imun dengan masalah kulit berjerawat, kamu pastinya sudah biasa memecahkan jerawat sendiri di rumah. Akan tetapi, tahukah kamu bahawa terdapat kawasan wajah yang dilarang oleh doktor untuk memecahkan jerawat?
Apa Itu “Segi Tiga Kematian”?
“The Triangle of Death” atau dalam bahasa melayu disebut sebagai “Segi Tiga Kematian” adalah bahagian tengah wajah meliputi bahagian hidung dan kawasan sekitarnya secara menyeluruh dari pangkal batang hidung hingga ke bahagian bibir atas.
Pecahkan Jerawat Sekitar ‘Segi Tiga Kematian” Boleh Sebabkan Buta & Maut!
Menurut pakar, bahagian hidung merupakan kawasan paling berbahaya di wajah kerana terdapat banyak pembuluh darah di sebalik bahagian kulit dan otot di situ di mana, pembuluh darah yang berfungsi untuk mata sebenarnya berselirat dari otak dan kembali ke bahagian hidung.
Jadi, jika apa-apa kecacatan atau kerosakan yang berlaku terhadap sistem pembuluh darah di bahagian otot hidung, ia turut akan memberi kesan kepada mata seterusnya berisiko menjadi buta atau menyebabkan serangan maut mengejut.
Pakar juga ada berkata andainya infeksi berlaku terhadap kawasan sekitar hidung atau dalam rongganya, lalu tersebar ke bahagian otak menerusi saluruh pembuluh darah tadi, risiko untuk diserang lumpuh juga adalah tinggi.
Mencabut Bulu Hidung Juga Boleh Sebabkan Kecacatan
Dr. Oz pernah menyebut dalam salah satu episod rancangannya bahawa perbuatan mencabut bulu hidung juga sedikit sebanyak akan memberi keburukan kepada individu kerana ianya boleh mengundang jangkitan pada bahagian tersebut.
Sebaiknya, kita dinasihatkan untuk menggunting sahaja bulu hidung jika perlu, dan dilarang sama sekali mencabut bulu hidung.
Tonton Penerangan Dr Sandra Lee (Dr. Pimple Popper) Tentang Triangle of Death
https://www.youtube.com/watch?v=qRmutVSz3Aw
Apa-apa pun, memecahkan jerawat memerlukan teknik dan tangan hendaklah sentiasa dipastikan bersih. Jika jerawat, bengkak atau bisul pada “Segi Tiga Kematian” terlalu serius, lekas ke klinik supaya doktor dapat memecahkannya secara profesional. Lepas ni, jangan berani-berani sentuh bahagian “Segi Tiga Kematian” okay?
Selamat beramal! ❤