Pernah ke bila menghadiri masjlis kenduri kahwin, kita dipaksa membuat bayaran masuk untuk RSVP? Tak pernah dibuat orang kan…
Tapi tidak pada seorang wanita berasal dari Kanada yang dengan selamba meminta bayaran sebanyak $1,500 dari setiap tetamu yang ingin hadir ke majlis “wedding of the year” katanya. Alasan Susan adalah untuk ‘cover’ semua perbelanjaan perkahwinan setakat ini.
Susan menimbulkan perbahasan netizen selepas menyiarkan luahan perasaan di Facebook tentang perkahwinannya yang sudah dibatalkan. Ya, pasangan itu membatalkan perkahwinan hanya beberapa hari sebelum sempat melafazkan perkataan ‘I Do’. Semua itu dibuat selepas tetamu – kawan dan kaum keluarga enggan membayar wang kehadiran $1,500 untuk perkahwinan impian yang menelan belanja $46,020 USD.
Dalam luahannya, Susan menuduh rakan dan keluarga merosakkan perkahwinan serta hidupnya.
“Bagaimana kami ingin mengadakan perkahwinan yang diimpikau tanpa pembiayaan yang betul? Kami telah berkorban banyak benda dan hanya meminta setiap tetamu untuk membayar sekitar $1,500 sahaja. Pembantu rumah saya memberi jaminan $5,000 untuk khidmatnya. Keluarga bekas saya menyumbang $3,000. Oleh itu, permintaan kami hanyalah $1,500 untuk semua tetamu. Sekiranya anda tidak dapat menyumbang, anda tidak dijemput ke perkahwinan eksklusif kami. Ia satu pesta sekali seumur hidup.
Selepas pasangan ini menghantar undangan mereka (dan permintaan bayaran), hanya lapan tetamu sahaja yang RSVP. Bahkan keluarga bekas tunangnya juga mengambil wang sumbangan kerana merasakan permintaan Susan sudah melampau dan keterlaluan.
Tidak berhenti di situ, tunang Susan mencadangkan mereka berkahwin di Las Vegas, katanya kos lebih murah. Susan bagaimanapun menepis idea tersebut dan berkata dia tidak akan kahwin di tempat perjudian, hiburan liar dan alkohol sebegitu.
“Saya hanya mahu menjadi seperti Kardashian selama sehari dan kemudian meneruskan hidup seperti biasa,” jelasnya lagi.
Bukan itu sahaja, pengapit juga meminta Susan kekal pada bajet tersebut kerana pada awalnya dia mahu meminta lebih dari para tetamu.
Penulis rasa si Susan ada masalah mental dan tak sedar diri. Kalau tak mampu, buat cara tak mampu. Jangan nak berangan!