Kecantikan

MAC Kolaborasi Dengan MUA Patrick Starrr Hasilkan Koleksi Mekap Untuk Si Diva

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
MAC Kolaborasi Dengan MUA Patrick Starrr Hasilkan Koleksi Mekap Untuk Si Diva

Untuk kali yang kedua, MUA dan sensasi Youtube Patrick Starrr dipilih semula untuk membangunkan koleksi kosmetik bersama jenama terkemuka MAC yang berona lebih bold dan eksklusif untuk memancarkan aura diva dalam kalangan si obsesi mekap!

IKLAN

Diberi nama Destination Diva, koleksi ini diolah dengan formula dan tekstur yang bersesuaian untuk pemakaian sepanjang musim luruh -hadir dengan dua kit pilihan termasuklah PATRICKSTARRR / Oh No She Beta Don’t Kit dan PATRICKSTARRR / Boy About Town Kit. 

BOY ABOUT TOWN KIT: RM323

Untuk yang gemarkan rona-rona garang, palet pembayang mata, dihadirkan bersama #Pattypout Retro Matte Liquid Lipcolour dalam rona merah hati pekat, manakala palet pembayang matanya pula menawarkan warna-warna gelap seperti coklat gelap, coklat gelap kemerahan, emas perang dan coklat samar.

Solekan smokey eyes pasti mempersona dengan palet pembayang mata dipanggil “Overpacked” ini.

Foto -Arkib Wanista

OH NO SHE BETTA DON’T KIT: RM323

Jangan malu untuk tonjol sensasi feminin yang sensual dengan kit yang menawarkan Ultimate Diva Retro Matte Liquid Lipcolour dalam rona nude ini berserta palet pembayang mata “Sugah Mamah” yang menawarkan pilihan warna sejuk speerti ungu, coklat perang, karamel lembut serta hijau buah zaitun.

Solekan yang ringan dan natural bersahaja pasti sesuai menggunakan set Oh No She Betta Don’t ini.

Foto -Arkib Wanista

Menepati cita rasa gadis dan para wanita yang mahukan kelainan dan berani menonjolkan diri kala berada di khalayak, koleksi Patrick Starrr Destination Diva untuk MAC boleh mula dibeli secara online mahupun di kiosk-kiosk MAC terdekat seluruh Malaysia September ini!

IKLAN