Setelah berkurun lamanya, golongan wanita terutamanya sering didihidangkan dengan pelbagai tips kecantikan yang bersumberkan bahan alami seperti minyak kelapa. Jika mengikut petua turun-temurun daripada nenek moyang sekalipun, boleh dikatakan bukan orang melayu sahaja memanfaatkan minyak kelapa untuk kecantikan dan kesihatan bahkan bangsa lain seperti India dan Cina, bahkan di barat juga sangat menghargai minyak kelapa sebagai salah satu superfood yang diyakini.
Namun sejak seminggu lalu, seorang profesor dari institusi terkemuka dunia iaitu Universiti Harvard mengeluarkan dakwaan bahawa minyak kelapa adalah racun. Eh! Siapa yang tak gerun bila dengar kenyataan berbunyi:-
“Mengamalkan minyak kelapa seolah-olah memakan racun.”
Menurut Prof. Karin Michel, Pengarah Institut Pencegahan dan Epidemiologi Tumor di Freiburg dan Profesor di Harvard TH Chan School of Public Health dalam sebuah kuliah berjudul “Coconut Oil and Other Nutritional Error” yang diadakannya, beliau menyatakan bahawa makanan yang disanjung-sanjung itu adalah sumber makanan paling teruk untuk dimakan dan dalam masa yang sama sempat melabel minyak kelapa sebagai “Racun Asli”.
Jelas Prof. Karin lagi, minyak kelapa adalah sejenis bahan yang dikelaskan sebagai “Asid lemak tepu” (boleh menyebabkan salurah pembuluh darah dan jantung tersumbat sehingga menyebabkan kanser), untuk itu pengambilan minyak kelapa dianggap tidak berfaedah buat tubuh badan manusia.
Sehingga kini, ramai yang membidas dan tidak bersetuju dengan dakwaan Prof. Karin bahkan, kebanyakannya sangat bersetuju agar tidak melabel produk makanan seperti minyak kelapa sebagai racun kerana ia boleh menyebabkan keccelaruan dan salah faham dalam kalangan masyarakat dunia.
Sememangnya, kelapa dan minyak yang dihasilkannya adalah berbahaya jika diambil pada kadar yang sangat banyak kerana ianya berkolesterol seperti yang dijelasakan Prof. Karin sendiri, “Minyak kelapa mengandungi 86% asid lemak tepu iaitu 1/3 lebih dariapda asid lemak tepu dalam mentega. Ini dikhuatiri akan meningkatkan kolesterol jahat dalam darah seterusnya meniningkatkan risiko sakit jantung dan strok”.
Pendapat Wanista
Pokoknya, minyak kelapa bukanlah racun asli seperti yang digambarkan Prof. Karin. Jika ianya racun, sudah tentu ramai orang kita terutamanya di Malaysia yang sudah mati sebaik menikmati kari mahupun rendang yang banyak menggunkan kerisik betul tak?
Secara amnya, kelapa berbentuk santan atau minyak kelapa hanya akan memudaratkan jika ia diambil pada kadar yang banyak secara berterusan kerana mampu mengundang maut dengan kandungan kolesterol LDL. Jadi jika kamu ragu-ragu tentang pengambilan minyak kelapa, boleh gantikan diet dengan minyak sayuran lain seperti minyak zaitun mahupun minyak bunga matahari kerana ianya lebih natural.