Teknologi

3 Kelebihan Jam Pintar Fitbit Charge 3 Sebagai Hadiah Untuk Orang Yang Gila Bersukan

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
3 Kelebihan Jam Pintar Fitbit Charge 3 Sebagai Hadiah Untuk Orang Yang Gila Bersukan

Teknologi hari ini sudah lebih bijak daripada otak manusia apabila memiliki 1001 kemampuan yang sukar kita lakukan secara fizikal.

Seperti inovasi jam kesihatan terunggul Fitbit, baru-baru ini telah tampil mengumumkan kemunculan Charge 3 yang dilengkapi pelbagai fungsi hebat termasuklah kalis air dan bisa menjejak kadar degupan jantung serta daya kekuatan fizikal sewaktu melakukan sukan renang.

Tonton Video Pengenalan Jam Kesihatan Baharu Fitbit 3

Lebih maju daripada Fitbit Charge yang sebelum ini, Wanista kongsikan 3 kelebihan Fitbit Charge 3 yang buat nafsu kamu melonjak untuk milikinya sekarang juga!

Jangka Hayat Bateri 7 Hari

Melangkaui kelebihan telefon pintar, Fitbit Charge 3 memiliki kemampuan dengan jangka hayat bateri yang mampu terus hidup selama 7 hari berturut-turut dengan seklai cas! Ini bermakna, pengguna boleh terus memakai jam tersebut sepanjang hari hingga seminggu lamanya!

Sumber: Fitbit

Rekaan Kalis Renang

Tak perlu menanggalkannya sewaktu berinteraksi dengan air, jam kesihatan Fitbit edisi Charge 3 kini boleh dibawa bersama meskipun ligat melakukan sukan renang! Kalis air, kiraan kadar deguypan jantung pasti dapat diteruskan bahkan kamu tak akan ketinggalan merakam informasi tentang kesihatan walaupun sedetik pun.

Sumber: Fitbit

Skrin Dengan Fungsi Sesentuh 

Tanpa perlu menekan sebarang punat atau kekunci pada bahagian jam, skrin paparan Fitbit Charge 3 boleh dikawal menggunakan sentuhan semudah ABC! Bukan itu sahaja, ia turut dilengkapi 15 jenis mod senaman untuk membantu si pemakai mencapai target berat badan serta kadar kesihatan ideal.

Sumber: Fitbit

Buat yang meminati Fitbit Charge 3, ia boleh didapatkan menjelang November nanti pada harga RM758 seunit. Beri hadiah berguna pada teman atau yang tersayang begini pastinya lebih bermanfaat betul tak? ❤