Makanan, Pilihan

5 Restoran Tawar Hidangan Stik Bawah RM50

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Guo Pei, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
5 Restoran Tawar Hidangan Stik Bawah RM50

Hujung-hujung minggu ni tekak tak rasa macam nak makan nasi sangat kan? Jadi sebagai pengganti nasi, teringin pula nak makan stik tapi agaknya di mana tempat paling syok untuk nikmati stik ddengan harga yang murah sekitar bawah RM50? Ha ini Wanista ada cadangannya.

#1 Kafe Kaki Corner 

Walaupun hanya dihidangankan dengan hidangan sampingan berbentuk kentang goreng biasa dan sayuran coleslaw, hidangan stiknya tidak boleh dibandingkan dengan pesaing-pesaiang makanan jalanan yang lain. Sedap tak terkata bahkan rasa dagingnyasanagt mengancam menurut ramai orang. Rasa herba dan lada hitam bersatu rasa dalam daging yang lembut dan empuk untuk memenuhi selera ramai orang. Boleh cuba sendiri!

Sumber: timeout.com

Alamat: 20 & 22 Jalan Siput Akek, Taman Billion, 56000, Cheras, Kuala Lumpur 

Waktu Operasi: Setiap Hari | 5pm–1am

#2 Coliseum Cafe & Grill

Restorannya berinspirasikan hiasan dalaman retro ala tahun 1920an, sebaik melangkah masuk ke bar ini, aroma makanan yang enak-enak dapat dihidu seraya buatkan selera kamu membuak-buak untuk mencuba sendiri keenakan rasa stik yang digril garing dengan sapuan gris dengan sensasi berherba. 

Sumber: Coliseum Cafe

Alamat: 98-100 & 102 Jalan Tuanku Abdul Rahman, 50100, Bandaraya, Kuala Lumpur 

No.Telefon: 03-2692 6270

Waktu Operasi: Setiap Hari | 10am-10pm

#3 Suzi’s Corner

Kalau kamu tengok, kedai stik ini memang berada di tepi-tepi jalan. Namun, sebaik rasa sendiri hidangan yang anda. Kamu pasti terpaku dengan rasa daging yang memukau. Harga pula adalah mutah belaka sekitar RM31 hinggan RM34 sepinggan.

BACA  [ REVIEW ] Jom Sertai Promosi Hangat Tony Roma's Untuk Menu Sensasi "Spice It Up"!
Sumber: openrice.com

Alamat: 213/26 Jalan Ampang Batu 4 1/2, Jalan Ulu Kelang, 68000, Ampang, Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap Hari | 5.30pm-5am

#4 Station 21 Sizzling Steak

Amacam? Tengok gambar pun dah mengancam habis ni! Tapi harga tak sampai RM50?!

Sumber: Station 21 | Facebook

Alamat: Cafe @ Masjid Saidina Abu Bakar As Siddiq, 59100, Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap Hari | 12pm-11pm

#5 Vandtador

Harga bermula RM50 untuk dua orang makan, stik di sini memang terkenal kerana teknik masakannya yang bergitu profesional membuatkan tekstur asli daging terasa asli dan segar tanpa menggunakan banyak bahan perasa. Kalau nak rasa kenalah datang okay!

BACA  Makan Stik & Salmon Setiap Hari Baik Untuk Kesihatan Jantung
Sumber: Vantador

Alamat: 38, Jalan 25/70A, Desa Sri Hartamas, Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur

No. Telefon: 03-62115588

Waktu Operasi: Setiap Hari | 6:30PM to 12:30AM

Malam nanti bolehlah ajak kawan-kawan atau yang tersayang pergi okay? Jangan risau… minggu depan gaji kan masuk. ❤

RUJUKAN 1, 2