Lagi produk K-Beauty memasuki pasaran Malaysia.
Jenama penjagaan kulit dan kecantikan Korea ‘Aprilskin’ kini boleh didapati di Malaysia. Ditubuhkan pada tahun 2014, Aprilskin mula mendapat tempat dan membina pengikut setia selepas pelancaran produk tuah ‘Signature Soap Original’ – sabun pembersihan semula jadi yang mampu memberi magik kepada kulit. Jenama itu mendapat kemasyhuran antarabangsa dengan produknya yang diformulasikan dengan bahan-bahan semulajadi terbaik yang dapat memulihkan kulit dari dalam. Orang kata nak cantik kena cantik dan sihat dari dalam…
Kami melihat orang Malaysia jatuh cinta dengan produk kami. Dan kami sangat teruja memperkembangkan pasaran ke Malaysia melalui Guardian untuk mengukuhkan pengalaman pelanggan kami dan memberi akses mudah kepada rakyat Malaysia,” kata Ms. Sena Kang, Pengarah Eksekutif Jabatan Perniagaan Global Aprilskin.
Selain Signature Soap Original, produk terlaris Perfect Magic Snow Cream (RM117.92) – krim nada segera dan tahan lama yang dicampur dengan 70% susu glasier Himalaya. Tidak seperti krim nada biasa Perfect Magic Snow Cream mempunyai tekstur ringan sesuai untuk cuaca panas dan lembap di Malaysia. Produk ini bukan sahaja memberi kesan segera, tetapi juga kesan nada yang berkekalan apabila digunakan secara teratur sebagai sebahagian daripada rutin penjagaan kulit anda.
Penjagaan kulit adalah trend kecantikan tanpa batas tanpa sempadan. Melalui penghasilan produk dari bahan semulajadi yang memlihara kulit, Aprilskin memberi tumpuan kepada peningkatan setiap kecantikan semulajadi yang unik,” tambah Kang lagi.
Lupa nak beritahu, ahli Wanna One Park Jihoon juga menggunakan produk Aprilskin untuk rutin penjagaan diri.
Aprilskin kini boleh didapati di Guardian dengan pelbagai pilihan penjagaan kulit, kosmetik dan penjagaan rambut.