Seiring dengan trend fesyen yang sering berubah mengikut musim, musim luruh/sejuk yang bakal tiba kini mengundang kembali gaya nostalgia tahun 90-an yang banyak memanfaatkan aksesori funky jenis tas lut sinar.
Sebelum ini, Kanye West perrnah tampil dengan koleksi kasut wanita untuk Yeezy yang diperbuat daripada material getah dan apa yang menjadi berbualan netizen adalah apabila but tumit tinggi yang sering digayakan Kim Kadarshian waktu itu adalah berstrukturkan material getah lut sinar. Kelihatan pelik tapi jika bijak memadankannya dengan pakaian, sudah tentu ia kelihatan hebat sebagai salah satu item fesyen paling hip!
Musim berganti musim, salah satu jenama beg tangan buatan Malaysia, Materialipstick, turut tidak ketinggalan mengetengahkan tas “jeli” yang gah buat memenuhi permintaan fashionista sekalian.
Istimewa buat yang gilakan gaya eksentrik dan berani menonjolkan aura lain daripada lain, ini Wanista cadangkan 5 tas tangan lut sinar untuk dicuba!
#1 Charles & Keith Floral Acrylic Clutch: RM251.90
Berjiwa feminin dan gemarkan gaya berfloral? Charles & Keith ada clucth genit bertali yang dihiasi susunan motif bunga warna-warni untuk melengkapi gaya minimalismu! Cukup sekadar memakai pakaian polos, clutch berbunga ini mampu menaikkan seri sesiapa yang berdampingan dengannya.
#2 Plexi by Materilipstik: RM280
Sebagai pengeluar beg tangan terulung di Malaysia, Materialipstick sering bereksperimentasi dengan rekaan tas yang berstuktur. Sesuai untuk gaya santai harian, beg tangan lut sinar yang mirip shopping beg ini bisa menjadi pelengkap gaya yang ranggi… bahkan turut didatangkan dengan pouch fabrik matelik untuk menyimpan barang-barang berharga.
#3 Lazada Shang Xinhan Female Transparent Bag: RM29.60
Gaya fesyen Korea dan Jepun memang tak banyak beza. Kebanyakan gadis-gadis mereka memang suka pakai item fesyne yang comel macam beg tangan jernih ni. Nak silang pun boleh, nak jinjing sahaja pun boleh. Apa yang buat beg ni nampak mahal adalah tangkai pemegangnya yang dibuat dariapd abesi bersalut logam emas.
#4 ZARA Contrasting Transparent Bag: RM129
Buat kamu yang tak gemar menjinjing beg besar agar boleh terus bergerak tangkas, ZARA ada keluarkan rekaan beg tangan genit dibuat dariapda material plastik lut sinar yang disertakan dengan tali panjang untuk disilang ke badan. Tangkai pemegangnya juga boleh digunakan untuk gaya yang lebih feminin saat menghadiri parti-parti gemilang mahupun acara keramaian yang lebih formal.
#5 Shopee Transparent Mother Daughter Kylie Bag: RM16.72
Tak dinafikan, beg tangan ni boleh digayakan baik kanak-kanak mahupun orang dewasa. Comel dan rekaannya mirip Birkin memang memikat hati!
See, tak susah pun nak nampak berkelas lagak selebriti. Padankan pakaian ‘bosan’ kamu dengan beg tangan unik seperti beg-beg lut sinar ni… confirm gaya fesyen kamu terus nampak mahal.
Selamat mencuba! ❤