Tabiat sendawa secara umumnya apabila dilihat dari sudut adab, ianya sesuatu perkara yang tidak bermoral andai dilakukan secara terbuka terutamanya saat berada di meja makan dengan tetamu mahupun ketika menghadiri acara-acara keramaian.
Pokoknya bunyi sendawa itu sendiri dianggap tidak senonoh dan seharusnya kita sebagai individu yang bertamadun tahu menjaga adab dan etika (mengawal sendawa) sewaktu berada di meja makan, lebih-lebih lagi sewaktu dikelilingi tetamu.
Sendawa Mampu Ramal Penyakit
Dalam sebuah kajian yang dibentangkan, sendawa adalah tabiat semula jadi manusia yang normal dan ia boleh terjadi dalam beberapa peringat. Lebih menarik, sendawa juga mampu meramal penyakit yang mungkin dihidapi seseorang dan salah satunya adalah risiko menghidap lumpuh.
Tak Semua Orang Boleh Sendawa
Dalam kes-kes yang serius, terdapat individu malang yang tidak mampu sendawa selepas menjalani beberapa siri pembedahan di bahagian perut. Menurut pakar, sejenis masalah esofagus dipanggil “achalasia” yang telah menyukarkan makanan dan minuman masuk ke bahagian perut dari saluran esofagus itu sebenarnya membuatkan seseorang penghidap itu tidak boleh sendawa (mengeluarkan angin).
4 Penyakit Boleh Dikenal Pasti Daripada Tabiat Sendawa Berlebihan
#1 Masalah Menelan
Apabila seseorang menghadapai kesukaran untuk menelan makanan atau minuman -merasa seolah-olah makanan tersekat di kerongkong lalu membuatkan diri mereka memaksa diri untuk untuk menelan, hal itu akan menyebabkan mereka menelan udara sekali.
Oleh sebab itu, sebaik makanan di telan, mereka akan terus sendawa secara berturut-turut.
#2 Sendawa Berbau
Sendawa kamu bau seperti telur busuk? itu tandanya perut kamu bermasalah. Jika sendawa kamu berterusan itu bermaksud perut kamu kembung dantidak dapat menghadam makanan atau minuman yang terkandung di dalamnya kerana tersumbat.
Apabila perut tak dapat dikosongkan sepenuhnya, makanan akan kekal berada dalam perut lalu menjadi ‘busuk/basi’ disebabkan oleh efek bakteria dalam usus yang akhirnya menghasilkan kompaun sulfur. Sebab itulah sendawa berbau busuk.
#3 Ada Ketumbuhan Dalam Perut
Selalu sangat sendawa? Ada baiknya kamu pergi buat pemeriksaan kerana tabiat sendawa secara berlebihan mungkin disebabkan saluran esofagus yang telah tersumbat kerana ketumbuhan yang ada di dalamnya.
Antara gejala lain yang menandakan ketumbuhan dalam perut adalah muntah-muntah dan kehilangan berat badan.
#4 Lumpuh
Percaya atau tak, saraf dan otot dalam perut boleh menjadi lumpuh seperti anggota tubuh yang lain. Ini kemudian akan menyebabkan makanan yang ditelan tidak dapat hadam menerusi esofagus lalu menyebabkan sendawa keterlaluan.
Penghidap diabetes yang berkait rapat dengan masalah saraf lebih berisiko hidap penyakit lumph perut ini.
Apa-apa pun, jangan ambil remeh tentang masalah sendawa ni. Memang normal untuk semua orang sendawa setiap hari, tetapi akan jadi abnormal bila sendawa itu terjadi secara berturut-turut -banyak kali melebihi kadar biasa.
Selamat beramal! ❤