Suatu ketika penulis berasa kagum dengan toner kerana sejak menggunakan toner empat tahun lalu, banyak perubahan yang dapat dilihat pada kulit.
Toner adalah suatu item kecantikan yang wajib digunakan oleh semua wanita, tambahan pula dalam cuaca yang panas dan lembab begini, kotoran mudah melekat dan tersumbat dalam liang roma kulit, jadi tak hairanlah mengapa jerawat dan permasalahan kulit timbul.
BACA: Ini 5 Sebab Relevan Kenapa Kena Toner Muka Selepas Membersih
Walau bagaimanapun, untuk menjanjikan kesan yang berbaloi buat kulit, penggunaan toner juga perlu kena pada caranya. Jom Wanista ajar cara bagaimana kamu boleh manfaatkan toner secara arif dengan hanya menggunakan kepingan kapas!
Masker Toner
Bercakap tentang soal kecantikan, Korea adalah negara yang paling popular untuk dirujuk tentang kecantikan alami. Boleh kata, semua produk kecantikan yang dijual adalah 100 peratus berasaskan bahan botanikal seperti bunga, herba dan sumber alam semula jadi. Jadi tak perlu risau kalau-kalau ia mengandungi bahan kimia berbahya.
Salah satu cara yang sering diamalkan gadis dan para wanita Korea adalah dengan mengamalkan masker toner. Fungsinya sama dengan memakai mask kepingan mahupun mask pes cuma mask toner ini memerlukan kamu membasahkan kepingan kapas muka dengan toner sebelum melekatkannya pada beberapa bahagian wajah.
Manfaat Masker Toner
Sejujurnya, cara ini mampu melembabkan kulit berkali-kali gandanya, lebih lembab daripada hanya menyapukan toner pada keseluruhan wajah menggunakan tangan.
Selain itu, ia mampu menjimatkan masa dan tak perlu lagi kamu membazir beli pelbagai produk melembab hanya untuk pastikan kulit lembab sepanjang hari.
Toner juga secaratidak langsung akan buat permukaan kulit lebih licin dan rata dengan mengecutkan kembali pori yang telah terbuka. Barulah solekan nampak kemas dan tahan lama!
Cara Buat Masker Toner
Boleh guna toner atau esen yang bertekstur cair. Ambil 5 hingga 6 kepingan kapas muka lalu rendam ia dalam toner atau tuang sahaja cecair toner di atas kapas sehingga kapas basah secara menyeluruh. Tampal sahaja kepingan kapas itu pada bahagian utama di wajah -kedua belah pipi, dahi, dagu dan hidung.
Biarkan ia berehat seketika di atas kulilt selama 5 minit. Kalau ada sisa toner yang basah pada wajah, boleh tepuk-tepuk dengan tangan yang bersih sehingga semuanya menyerap dalam kulit. Amaran! Elak guna toner yang beralkohol kerana dikhuatiri buat kulit wajah jadi kering.
Tips!
- Jangan biar kapas melekat pada kulit melebihi 5 minit kerana ia akan menarik lembapan dari kulit dan membuatkan kulit jadi lebih kering.
- Lakukan amalan masker toner 2 kali seminggu untuk kesan efektif.
- Sesuai digunakan bila kamu mahu melembabkan bahagian-bahagian tertentu pada wajah.
- Masker toner berbeza dengan masker kepingan kerana fungsinya untuk melembab lebih efektif dan hanya memerlukan masa tidak sampai lima minit.
Balik ni cari toner dan kapas, cuba masker toner ni sendiri dan lihat keberkesanannya okay? Selamat beramal! ❤