Ini barulah tak pandang nama dan kekayaan.
Seorang model seksi Thailand telah menyentuh banyak hati di media sosial selepas koleksi fotonya bersama teman lelaki sekadar pemandu moto-teksi viral.
Hubungan antara model Nutchanart Chaichan, 22, dan teman lelakinya Wutthichai Saeng-ngern, 25, dikagumi dan disukai netizen selepas cerita mereka dipaparkan dalam laman Facebook YouLike.
“Mengapa saya memilih lelaki ini? Walaupun kita berbeza dalam segala hal, tetapi apa persamaan kita adalah perasaan cinta antara satu sama lain,” tulis Nutchanart.
Sudah bertahan selama lima tahun, Nutchanart menjelaskan hubungan mereka pada awalnya ada pasang surut malah turut menerima kritikan dan kecaman kejam. Rata-rata orang tidak mempercayai model secantik ini sanggup memilih untuk bersama dengan pemandu moto-teksi yang hanya memperoleh sekitar 500 THB ($15) sehari. Untuk makluman anda, tambang moto-teksi di Thailand bermula pada 10 baht Thailand ($0.30) setiap perjalanan.
“Saya tidak malu sama sekali. Dia melakukan kerja yang betul dan jujur,” kata Nutchanart.
Wutthichai mendedahkan bahawa dia dan Nutchanart memulakan perniagaan bersama, menjual pakaian dan kasut di kawasan Ramkhamhaeng. Apabila tidak stabil, dia mula memandu moto-teksi manakala teman wanitanya bekerja sebagai model.
Menurut Wutthichai, dia kini memperoleh sekitar 15,000 THB ($500) sebulan.
Pasangan itu mendedahkan bahawa mereka bercadang untuk menetap bersama dan mempunyai anak pada masa akan datang.