Fesyen

Rindu Zaman Remaja? Vans Ada Tips Fesyen Untuk Korang Cuba Hujung Minggu Ni

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Rindu Zaman Remaja? Vans Ada Tips Fesyen Untuk Korang Cuba Hujung Minggu Ni

Hakikatnya, umur semakin meningkat sekaligus merubah menampilan kita secara halus tanpa disedari. Sampai suatu masa, kita juga tidak lagi berminat untuk mencuba gaya fesyen baharu kerana takut dilabel ‘buang tabiat’. Namun begitu, apakah kita akan membiarkan sahaja umur mengatasi keseronokan hidup?

IKLAN

Kalau kamu peminat fesyen tegar, ikut tips ringkas ni bagaimana nak mengimbau kembali zaman kegemilangan waktu remaja dengan hanya menggunakan helaian fesyen dan aksesori dari Vans!

#1 Cipta Trend Sendiri

Tak perlu malu dengan umur. Biar fizikal nampak berusia asalkan jiwa sentiasa rasa muda. Kalau tak mampu nak ikut trend terkini, boleh je cipta trend sendiri asalkan kamu yang memakainya rasa selesa. 

Vault by Vans x Disney: Mister Cartoon. Foto -Arkib Wanista

#2 Teknik Mix & Match

Menyuai padan pakaian tidaklah sesukar yang disangka ramai orang. Jika kamu mengenali susuk tubuh dan bahagian badan kamu secara terperinci, kamu pasti boleh kelihatan gah dengan teknik suai padan.

Vault by Vans x Disney: Taka Hayashi. Foto -Arkib Wanista

Dalam masa yang sama, kamu perlu bijak mengimbangkan penggunaan corak. Kalau baju sudah terlalu sarat dengan corak, tak perlu lagi pakai aksesori sarat mahupun seluar atau skirt yang memiliki corak melampau.

Cukup sekadar menggayakan baju T dengan seluar jeans polos.

#3 Manfaatkan Warna Terang!

IKLAN

Jangan takut untuk mengenakan rona-rona menonjol kerana warna-warna terang sejujurnya mampu buat penampilan nampak youthful! Berhenti pakai satu warna sahaja okay? Tetapi ada syaratnya jika hendak memakai banyak warna iaitu, hadkan 3 hingga 4 warna sahaja setiap kali mencampur adukan pemakain berwarna. Barulah harmoni… Macam koleksi terkini Vault by Vans bersama Disney ni! 

Vault by Vans x Disney: John Van Hamersveld. Foto -Arkib Wanista

#4 Labur Duit Untuk Kasut “Statement”

Baik lelaki atau wanita, kasut adalah item fesyen statement paling universal selain beg. Ia mampu mengubah gaya bosan seraya menjadi gah. Untuk itu, apa salahnya labur sedikit wang untuk membeli kasut-kasut yang unik, seperti sneakers vans yang perincian bercetak motif Mickey Mouse ini. Pasti namoak cantik digayakan secara kasual dengan baju-T senada.

Vault by Vans x Disney: Geoff McFetridge. Foto -Arkib Wanista

Untuk pengetahuan, kesemua koleksi kolaborasi Vault by Vans bersama Disney ini adalah untuk meraikan ulang tahun Mickey Mouse yang ke -90. Menggabungkan kehalusan karyay seni ilham empat artis berbakat termasuklah John Van Hamersveld, Mister Cartoon, Geoff McFetridge and Taka Hayashi, simbol ikonik Disney, Mickey Mouse dapat dizahirkan menjadi trend fesyen jalanan semasa yang tak lapuk dek zaman.

Sangat minimalis namun masih bersifat eksentrik menerusi permainan visual dan warna yang diketengahkan untuk koleksi Vault by Vans ini, koleksi The Disney x Vans boleh didapatkan dalam masa terdekat pada harga mampu milik. [www.vans.com.my]