Ajal dan maut seseorang sudah tertulis dan siapalah kita nak mempersoalkannya.
Cuma jika individu yang disayangi pergi meninggalkan kita pada usia muda, usia sedang nak membina kehidupan sendiri, kita tak dapat lari dari bertanya soalan seperti “mudanya dah pergi”, “sayang belum 30 tahun dah meninggal dunia”, “macam manalah keluarga dia nak hadapi semua ini”.
Untuk pengetahuan, pemergian mereka mendapat perhatian media sehingga wujud “27 Club” di Wikipedia – kompilasi individu berpengaruh maut pada usia 27 tahun.
Achik Spin
Punch Kematian – Terlibat dalam kemalangan dasyat sekitar tahun 2010 sehingga meragut nyawanya. Laporan menunjukkan arwah mengalami pendarahan di kepala dan beberapa kecederaan anggota badan yang mengakibatkan beliau telah tercampak keluar dari kereta selepas ia meletup.
Amy Winehouse
Punca Kematian – Akibat ketagihan terhadap alkohol, Amy mati atas sebab keracunan alkohol.
Kurt Cobain
Punca Kematian – Memasuki pusat pemulihan untuk merawat ketagihan heroin, penyanyi lagenda ini bertindak menembak dirinya pada April 1994.
Shinee Jonghyun
Punca Kematian – Sekitar tahun lepas, dunia K-Pop dikejutkan dengan pemergian vokalis kumpulan Shinee Jonghyun. Laporan menunjukkan penyanyi ini mengalami kemurungan dan bertindak membunuh diri.
Anton Yelchin
Punca Kematian – Kenalinya menerusi siri filem Star Wars, aktor berwajah keanakan dipercayai mati kerana terlibat dalam kemalangan ngeri. Hasil siasatan menunjukkan Anton mengalami sindrom traumatic asphyxia – adalah kecemasan perubatan yang disebabkan oleh mampatan yang kuat dari rongga thoracic, menyebabkan aliran masuk vena dari sebelah kanan jantung ke pembuluh darah leher dan otak.
Jonathan Brandis
Punca Kematian – Betullah kata perumpaan ‘wang ringgit tak boleh beli kebahagian’, hearthrob popular era 90-an Jonathan Brandis ditemui menggantung diri pada tahun 2013.
Jim Morrison
Punca Kematian – Vokalis utama band The Doors ditemui mati pada Julai 1971 dalam tab mandi di pangsapuri miliknya di Paris. Penyebab kematian disenaraikan sebagai kegagalan jantung.
Jean-Michel Basquiat
Lagenda seni ini mempunyai ketagihan heroin, mati pada 1988. Basquiat tenggelam dalam kancah kemurungan dan dadah sehingga meragut nyawanya pada Ogos 1988 kerana pengambilan heroin yang berlebihan.
Bila dilihat balik, kebanyakan mereka mati disebabkan tekanan mental. Jadi jika anda mengalami masalah yang sama, sila dapatkan bantuan dan jangan pernah malu untuk menceritakan kisah anda.
Please seek for help!