Siapa je yang tak makan coklat, memang kelentong besar…
“Coklat merupakan makanan yang sempurna, disebalik rasanya enak, ia juga kaya dengan nutrisi tambahan yang mampu memulihkan tenaga. Tidak hairanlah ia disebut sebagai pendamping terbaik setiap orang” – Pakar Kimia Jerman, Justus Von Liebig.
Berpengalaman melebarkan sayap bisnes kepada lebih 8 juta penggemar coklat di serata dunia, Harriston sentiasa berusaha untuk mengembangkan variasi produknya dari masa ke masa. Produk coklat dengan sentuhan eksotik seperti Durian dan Tongkat Ali terbukti berhasil menjadi antara produk Harriston yang terlaris di pasaran. Kini, Harriston memperkenalkan coklat ruby yang bakal diedarkan buat kali pertama di pasaran Asia Tenggara.
Bagi memastikan produk berkualiti tinggi, Harristoon menggunakan pilihan biji koko yang terbaik di samping bahan-bahan yang dipilih dengan teliti bagi mematuhi keperluan pensijilan ISO 9001, HALAL (HACCP).
Harriston dengan kolaborasi Barry Callebaut, syarikat pengeluar coklat terkemuka di dunia melancarkan coklat ruby. Ruby merupakan jenis coklat keempat di dunia selepas coklat; gelap, susu dan putih. Coklat ruby benar-benar memberikan kenikmatan rasa coklat yang baharu. Dihasilkan daripada kekacang koko ruby serta campuran buah beri tanpa sebarang perisa atau pewarna tambahan.
Coklat Harriston sudah boleh didapati di semua kedai runcit.