Dah nama selebriti, jadi penampilan from head to toe harus dijaga rapi, kena tampak sempurna kerana banyak mata yang memandang.
Selain menjaga penampilan untuk diri sendiri, selebriti-selebriti bergelar ibu ini tidak terkecuali memberikan gaya paling gah dan sempurna untuk anak mereka. Bahkan ada yang sanggup berhabis bagi memastikan puteri kesayangan kelihatan bergaya.
Kylie Jenner
Kylie memberitahu beg tangan Hermes Birkin bersaiz mini hot pink merupakan hadiah pemberian Kourtney Kardashian untuk anaknya Stormi Webster.
Untunglah kecil lagi dah dapat beg Hermes… Kalau Kak Rosmah tengok, jealous ni.
Rozita Che Wan
Kalau nak bercakap koleksi beg tangan yang jelitawan Rozita Che Wan atau Che Ta berikan pada puteri Aaisyah Dhia Rana memang terlalu banyak, tak terjangkau akal. Pelbagai jenama pelbagai saiz dan warna, comel untuk Si kecil ini.
Scha Alyahya
Sama naik seperti si Aaisyah, kecil-kecil lagi sudah bimbit beg tangan berjenama seperti Balenciaga, Louis Vuitton, Furla dan bermacam lagi..
Untunglah!
Kim Kardashian
North West baru empat tahu tapi sudah mempunyai koleksi beg tangan yang membuatkan wanita dewasa iri hati melihatnya. Patut pun ibu bapa power couple – Kim Kardashian dan Kanye West jadi sudah tentu kena jaga penampilan.
Suka tengok North, manis je orangnya…
Kourtney Kardashian
Penulis cukup suka dengan koleksi Fendi edisi terhad yang dipakai si kecil Penelope Disick ini. Katanya berharga $3,450 (RM14,145). Mak datuk mampu pandang je….
Kecil-kecil dah merasa pakai beg berjenama… Hebat!