Kecantikan

Boleh Ke Guna Produk “Campur-Campur” Pada Wajah? Ni Syaratnya…

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Boleh Ke Guna Produk “Campur-Campur” Pada Wajah? Ni Syaratnya…

Rasanya, semua wanita tak boleh lari daripada masalah kulit. Sebagai seorang yang sangat mementingkan kecantikan kulit wajah, kita sering keliru dalam cara dan tata pengguaan produk kecantikan.

IKLAN

Ada yang kata tak elok andai guna produk “campur-campur” contohnya, pencuci wajah jenama lain manakala toner dan krim pelembap pula dari jenama lain. Apakah rutin ini salah untuk diamalkan dan adakah ia akan mengundang masalah kulit yang lebih serius?

Jom Wanista jelaskan apa akibatnya bila mencampur-adukan produk kosmetik dan penjagaan wajah secara terprinci mengikut fahaman saintifik bidang perubatan.

Ada Dua Jenis Wanita Dalam Dunia

Okay, bukan penulis nak menghakimi kamu tetapi realitinya dalam dunia sebenar ini ada dua jenis wanita yang obses dengan produk kecantikan iaitu:-

Sumber: Cult Beauty

#1 Wanita yang setia dengan satu jenama produk kecantikan sahaja kerana percaya bila guna semua rangakian dari jenama yang sama ia bantu memperkukuh keberkesanan produk.

Dari sabun cucian wajah hinggalah kepada serum, toner, krim pelembap dll semua dibeli dari satu jenama kegemaran pilihan. 

Sumber: Popsugar

#2 Wanita yang gemar menukar produk dan mencuba pelbagai macam jenama dengan harapan ia akan bantu untuk mendapat kesan terbaik secepat mungkin. Yeke??? Pencuci wajah jenama lain, toner jenama lain, krim pelembap jenama lain, semua lain-lain. Ada tu pencuci muka sampai dua hingga tiga jenis!

Ha, jadi kamu jenis yang mana?

Nasihat Doktor Tentang Penggunaan Produk Kecantikan “Campur-Campur”

Guna produk rangkaian dari satu jenama yang sama memang mampu melengkapi fungsi satu sama lain bahkan memberi kesan optimum pada kulit wajah. Namun, andai kamu gemar try and error dengan memadankan satu produk dengan produk dari jenama berlainan, pastikan kulit kering dan sel kulit mati dihakis secara berkala. Skrub wajah secara lembut 2 kali seminggu agar setiap produk yang disapu menyerap dengan baik hingga ke dalam pori.

IKLAN
Sumber: theballeronabudget.com

Kunci paling penting pula adalah dengan menggunakan krim pelindung matahari.

AWAS! Jangan Gabung Bahan-Bahan Aktif Di Bawah

  • Mencampur pemakaian produk Vitamin A dengan Vitamin C buat kulit jadi kering.
  • Mencampur pemakaian produk Retinol dengan AHA buat kulit jadi radang.
  • Mencampur pemakaian produk Benzoyl Peroxide dengan Salicylic Acid akan buat jerawat meradang.
  • Memakai pelembap wajah jenis gel buat kulit sensitif jadi lagi teruk.
  • Menggunakan toner jenis alkohol buat kulit sensitif jadi lagi teruk.

Syarat Supaya Produk Cepat Berkesan Pada Kulit

Memakai produk kecantikan pada wjaah juga ada turutan yang harus diikuti agar ia membuahkan hasil. Ramai beli produk berjenama tapi sampai sekarang tidak merubah keadaan wajah betul tak?

Sumber: Huda Beauty

Pakar nasihatkan kita untuk guna produk yang berasaskan cecair dan mudah serap terlebih dahulu… selepas itu baru guna produk yang memiliki konsistensi paling likat dan pekat contohnya:-

Toner –> Serum –> Gel –> Losyen –> Krim –> Minyak

Sekarang dah jelas? Apa-apa pun kenal pasti masalah dan jenis kulit dahulu sebelum membeli produk untuk elak pembaziran dan penyalahgunaan produk. 

Selamat beramal! ❤

RUJUKAN 1, 2, 3