Bila dalam perjalanan jauh dan panjang, badan kita pasti kerap mengalami keletihan. Bayangkan pula pada para ibu mengandung, tentu rasa letih mereka capai dua kali ganda daripada kita semua.
Ini semua berkaitan dengan makanan dan masa yang diambil semasa perjalanan. Kita lebih suka mengambil makanan ringan dan snek tidak berkhasiat. Kesannya ia boleh melemahkan imunisasi badan, tidak membekalkan tenaga dan memberi keletihan berpanjangan.
Jika anda seorang yang aktif bergerak sentiasa pastikan anda turut mempunyai bekal makanan dan jadual yang bernutrisi. Ibu mengandung tidak boleh pandang remeh tentang perkara ini, ia tampak normal tapi boleh beri kesan pada anak dalam kandungan juga.
Jadi khas untuk ibu-ibu mengandung yang bakal mengharungi perjalanan jauh, ini tips ringkas dan padat buat anda.
Botol air
Pastikan anda sentiasa terhidrasi dan mempunyai botol air dalam beg. Air tidaklah mengenyangkan tapi ia dapat membantu untuk melegakan sebarang ketidakselesaan dan mencergaskan tubuh.
Makan sebelum ke lapangan terbang
Tidak kiralah pukul berapa sekalipun jam penerbangan anda, disiplinkan diri anda untuk menjamah sedikit makanan. Pilihlah makanan yang tinggi nutrisi dan bekalkan tenaga berpanjangan sebagai contoh oat, bijiran, roti atau buah-buahan. Cara sebegini untuk mengelak anda lapar, ingat ya waktu menunggu penerbangan sangat lama dan banyak hal seperti imigresen, kastam dan sebagainya.
Bawa bekal makanan sendiri
Yes! Sediakan bekal makanan sendiri. Namun mungkin anda diantara tidak cukup masa untuk memasak dan menyedia. Wanista syorkan untuk anda beli makanan lebih awal dan pek dalam bekas kedap udara. Jangan beli makanan waktu anda lapar kerana berkemungkinan anda akan pilih makanan yang ‘mengarut’.
Bawa kudapan
Isikan beg anda dengan kudapan atau snek yang menyihatkan. Mana tahu anda mungkin tidak dapat mencari kedai-kedai yang menjual makanan solid, secara alternatif anda boleh mengunyah makanan lain buat sementera waktu. Ini juga untuk mengurangkan rasa lapar yang biasanya akan datang tiba-tiba, terutamanya berlaku pada si ibu mengandung.
Rehat dan tidur yang cukup
Apa pula kaitan makan dengan tidur? Anda dinasihatkan untuk mendapatkan tidur yang cukup serta berkualiti. Ini kerana tidur yang berkualiti dapat memberi selera dan mood makan yang lebih baik. Jika tidak anda akan menjadi murung dan tidak dalam keadaan mood yang baik. Kesannya anda boleh terjurus untuk memilih makanan yang tidak baik untuk kesihatan.
So, anda mengandung dan mahu travel? Praktikkan beberapa perkara diatas untuk menjadi anda lebih bertenaga, selesa dan perjalanan menjadi senang.