Teknologi

Nak Gambar Selfie Jadi Cantik? Kena Tukar Dengan Xiaomi Mi A2

Izzah Azizah
/
suka pakai sheet mask and on my way to achieve glass skin. Instagram / Twitter @izzahabaziz
Nak Gambar Selfie Jadi Cantik? Kena Tukar Dengan Xiaomi Mi A2

Antara ciri-ciri untuk mendapatkan hasil gambar yang terbaik melalui telefon pastinya telefon tersebut harus lengkap diperincikan dengan kuasa kamera pintar. Kadang rasa cemburu bila lihat para selebriti dapat berkongsi gambar selfie yang cantik walaupun dalam apa jua keadaan.

IKLAN

Xiaomi perkenal telefon pintar terbaru iaitu Mi A2 selepas kejayaan Mi A1 pada tahun lalu. 

Peranti yang juga dikenali sebagai Android One ini mengangkat dunia fotografi kepada level yang lebih istimewa. Bukan itu sahaja Mi A2 juga mempunyai versi yang lebih kompak iaitu Mi A2 Lite.

Foto – arkib Wanista.com

Penggemar seni fotografi atau selfie pasti akan berasa teruja dengan Mi A2 kerana?

Kamera Mi A2 dicirikan dengan 12MP + 20 MP beserta AI dwi kamera dan 20MP kamera hadapan. Gambar-gambar yang diambil akan disimpan dalam kualiti terbaik Google Photos, memastikan pengguna tidak berasa risau tentang kapasiti menyimpan. Peranti ini juga dikuasakan dengan Qualcomm Snapdragon 660 Soc dan juga Qualcomm Artificial Intelligence Engine (AIE).

Foto – NDTV Gadgets

Bagi Mi A2 Lite pula mempunyai 12MP + 5MP AI dwi kamera dan bateri bersaiz 4,000mAh.

Bagaimana pula dengan harga?

Mi A2 didatangi dengan dua versi harga mengikut saiz penyimpanan, 4GB+64GB pada RM999 dan 6GB+128GB pada RM1199. Manakala Mi A2 Lite dijual pada RM699 untuk 3GB+32GB.

Anda boleh dapatkan dua peranti ini di stor Xiaomi terdekat anda atau melalui belian atas talian, Lazada dan Shoppee.

IKLAN
Foto – arkib Wanista.com

Selamat berselfie