Apa jua yang dilakukan oleh individu yang berpengaruh di dunia pasti menjadi ikutan umum. Bermula saat kejayaan awal mereka sehinggalah hari-hari terakhir mereka.
Wanista kongsikan enam kata-kata terakhir individu yakni wanita terkenal. Ia bukan kata-kata nasihat atau motivasi tapi ia berkenaan kata terakhir yang dapat direkod sebelum masa mereka menghembuskan nafas.
Tersurat atau tersirat. Inilah antaranya…
#1 Marilyn Monroe
‘Say goodbye to Pat, say goodbye to the president, and say goodbye to yourself, because you’re a nice guy.’
Ucapan terakhir Miss Monroe menjadi kontroversi dan mengundang pelbagai andaian. Pelakon lagenda Amerika ini dikatakan mengambil nyawanya sendiri setelah menderita ketagihan alkohol dan dadah. Monroe menelefon aktor, Peter Lawford sebelum beberapa jam ditemui mati pada 5 Ogos 1962 ketika usianya baru sahaja 36 tahun.
#2 Frida Kahlo
‘I hope the exit is joyful and I hope never to return.’
Pelukis potrait dan ikon fesyen asal Mexico ini menginspirasikan kesakitan jiwa dan mental yang beliau hadapi melalui seni. Ada yang menganggap Kahlo telah membunuh diri tiada bukti yang menegaskan perkara tersebut. Ucapan terakhir Kahlo sangat bermakna kerana ia mengenai kebahagiaan yang dicari dan ia ditulis dalam diari sebelum kematiannya.
#3 Puteri Diana
‘My God, what’s happened?’
Kematian yang menyayat hati seawal usia 36 tahun. Lady Di sempat mengungkap ‘My God, what’s happened?’ pada ahli bomba, Xavier Gourmelon yang mengeluarkan beliau dari kemalangan jalan raya di Paris pada 31 Ogos 1997.
#4 Indira Gandhi
‘Namaste’
Indira Gandhi merupakan Perdana Menteri wanita pertama di India. Beliau sempat mengucap salam sejahtera kepada pengawal keselamatannya ‘Namaste’ sebelum mati ditembak. Malangnya dia dibunuh oleh pengawal keselamatannya juga.
#5 Mother Teresa
‘Jesus, I love you. Jesus, I love you.’
Umum tahu dengan kerja amal yang dilakukan oleh Mother Teresa sepanjang hayat hidupnya. Penerima Anugerah Nobel menitip kata terakhir ‘Jesus, I love you. Jesus, I love you.’ sebelum menghembuskan nafas. Mother Teresa meninggal dunia pada usia 87 tahun dengan pelbagai masalah kesihatan termasuklah kegagalan jantung.
#6 Virginia Woolf
‘I have a feeling I shall go mad. I cannot go on any longer in these terrible times.’
Itu adalah nota terakhir Woolf kepada suaminya sebelum mayatnya ditemui di Sungai Ouse. Novelis terkenal ini menghidap masalah mental dan mengaku mendengar pelbagai suara sehingga tidak dapat beri konsentrasi untuk bekerja. Mayat Woolf ditemui selepas empat minggu pencarian, beliau bertindak melemaskan diri dengan meletakkan batu-batu dalam poket kot yang dipakai.
Tragis sekali kehilangan mereka semua ini.