Cinta & Perhubungan, Sponsored

Kahwin Muda: Keputusan Terburu Atau Perkara Yang Menguntungkan?

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Kahwin Muda: Keputusan Terburu Atau Perkara Yang Menguntungkan?

Jangan salah faham, isu kahwin muda yang bakal dibincangkan disini tiada kena mengena dengan perkahwinan bawah umur ya. Untuk lebih jelas, kahwin muda di sini adalah perkahwinan yang melibatkan pasangan berusia seawal 20-an. Jadi apakah berkahwin muda jalan yang paling tepat untuk dipilih?Jika kamu masih keliru, ini [wedding.com.my] tampil berkongsi panduan. 

IKLAN

#1 Ada Orang Yang Menemani Sepanjang Hidup

Untungnya bila berkahwin muda, dialah yang ada dengan kita waktu suka dan duka termasuklah masa kita pegang skrol graduasi di konvokesyen Universiti, waktu kita tertekan menghadap situasi di alam pekerjaan, waktu kita menangis gembira di hari pernikahan, waktu kita meneran melahirkan zuriat untuknya… dari dulu sampai sekarang semua momen berharga dapat dikongsi bersama!

Sumber: wefreeze.net

#2 Hidup Belum Ada Arah Tujuan?

Meskipun ramai yang bingung dengan keadaan hidup jyang masih belum terurus kerana masing-masing baru hendak kenal hidup, tiada apa yang perlu dirisaukan sangat sebenarnya. Kamu dan pasangan yang baru berkahwin sepatutnya perlu duduk dan berbincang. Cari jalan untuk meneruskan hidup dengan cara terbaik.

Inilah masanya untuk kamu dan si dia mula menjadi matang dan belajar berdikikari dalam bahtera perkahwinan yang baru dibina.

Sumber: Pinterest

#3 Struktur Kewangan?

Kekangan untuk pasangan muda berkahwin adalah kerana kewangan yang masih belum stabil. Namun jika kamu cukup bijak, dengan pendapatan yang sedikit itu apabila digabungkan bersama pendapat pasangan, kamu sebenarnya boleh berjimat dan dalam masa yang sama merangka perbelanjaan cara baharu yang melibatkan kedua-dua belah pihak.

IKLAN
Sumber: Simplifai Studios

Baik bayaran bil mahupun duit sewaan rumah dan perbelanjaan asas harian seperti makanan umpamanya, kamu dan apsangan boleh bergilir-gilir dan membahagikan tanggungjawab masing-masing -siapa yang harus langsaikan sesuatu bayaran.

#4 Persediaan Mempunyai Anak?

Inilah untungnya bila berkahwin muda. Anak-anak akan cepat membesar seiring dengan kemampuan diri kamu. Keadaan kamu yang masih muda sudah tentu mampu melayan karenah anak bahkan bisa membesarkan mereka dengan segala macam nikmat kerana kamu masih mampu bekerja dan membiayai keperluannya secukup mungkin.

Sumber: Pinterest

#5 Tak Bosan Ke Terhadap Pasangan?

Memanglah kamu sudah mengenalinya sejak bertahun lalu. Bila dah kahwin kamu pasti mahu hidup sehingga tua dengannya. Ramai bertanya apakah seseorang itu tidak akan bosan terhadap pasangan yang sudah terlalu lama dikenalinya itu? TIDAK.

Sumber: Wedding.com.my

Asalkan keduanya pandai menyeimbangkan situasi dalam rumah tangga, tidak mengabaikan keperluan seksual pasangan serta bijak menggunakan emosi untuk mengambil hati pasangan… perasaan bosan tidak akan wujud pun. Menurut kajian, pasangan yang sudah kenal sejak dari bangku sekolah dan kemudian berkahwin kurang berisiko untuk bercerai bahkan dikatakan lebih bahagia tau!

Sumber: Pinterest

Walau apa pun, sesebuah hubungan memerlukan tindak balas dari kedua-dua pasangan. Ia memerlukan masa dan usaha dari kedua belah pihak dan barulah kebahagiaan akan tercipta.

Untuk mencari inspirasi perkahwinan mahupun perancang perkahwinan yang berpengalaman dalam meraikan hari paling bahagia yang diimpikan kamu dan si dia, boleh lawat [www.wedding.com.my]. Daftar sekarang secara percum! [www.wedding.com.my/bridal]