Fesyen

Lihat Mengapa Kaca Mata Ray-Ban Jadi Pilihan Ramai Artis Korea!

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Lihat Mengapa Kaca Mata Ray-Ban Jadi Pilihan Ramai Artis Korea!

Sebagai bintang pop Korea, selain gerak tari yang tajam serta bentuk tubuh menggiurkan, fesyen adalah tunjak utama yang perlu ditonjolkan untuk menarik perhatian peminat dari seluruh dunia. Dari sekitar Asia hingga ke Barat dan Eropah, rata-ratanya memang sangat mengenali bakat Idola Kpop yang kini dilihat semakin dekat dengan hati masyarakat.

IKLAN

Selain padanan helaian fesyen eksentrik, aksesori turut memainkan peranan penting dalam menyerlahkan gaya si bintang Kpop dan salah satu yang sering dilihat adalah kaca mata jenama Ray-Ban. Buat tatapan pembaca semua, ini 8 bintang Korea pujaan  ramai yang sangat menggemari Ray-Ban!

#1 Penyanyi Bada memakai Ray-Ban yang memiliki rekaan bingkai bulat disaluti logam rona emas. Nampak klasik dan sesuai untuk pemakai yang berwajah bujur atau wajah bersegi.

Foto -Arkib Wanista

#2 Aktor Park Bo Gum memakai kaca mata klasik rekaan Ray-Ban yang berbingkai tebal yang dipandankan dengan biker jaket rona hitam untuk aura rockers 80-an.

Foto -Arkib Wanista

#3 Menampilkan gaya hip yang kasual, idola Kpop Yoona bijak memakai kaca mata berbingkai bulat dengan lensa metalik rona kemerahan – kemudian dipandankan dengan helaian fesyen jenis Baju-T bercetak. 

Foto -Arkib Wanista

#4 Mencermin gaya old school, pelakon Lee Seojin berani mengenakan kaca mata Ray-Ban berbingkai bulat serta lensa warna merah jambu! Siapa kata merah jambu untuk perempuan saja?

Foto -Arkib Wanista

#5 Moden dan minimal, aktres Kang Eunbi kelihatan manis dalam rekaan kaca mata Ray-Ban berbingkai bulat dengan perincian blaze.

Foto -Arkib Wanista

#6 Hipster! Aktor Gong Yoo memakai Ray-Ban Clubmaster lensa biru untuk gaya jejaka berjiwa muda dan penuh dengan keperibadian ceria

Foto -Arkib Wanista

#7 Personaloti TV terkemua dari Selatan Korea, Nayoung Kim, memang pandai berfesyen. Untuk gaya keluar bersiar, belaiu gayakan blaus midi merah jambu dengan Ray-Ban Clubmaster berlensa hitam.

IKLAN
Foto -Arkib Wanista

#8 Wow! Penyanyi dan pengubah lagu, Taehyun Nam mengenakan Ray Ban berbingkai bulat untuk tonjolkan keperibadiannya yang satu dalam seribu.

Foto -Arkib Wanista

Kamu suka stail bintang Korea yang mana? ❤