OMG bagaimana produk diperbuat daripada makanan? Makanan yang macam mana pula tu?
Jangan terkejut tetapi ianya 2 dalam 1 – boleh dipakai di muka dan dimakan. Hah betul ke ni? Chop… Kombinasi makanan dan produk kecantikan memang tiada kaitan, tetapi Korea telah membuktikan bahawa makanan boleh menjadi inspirasi untuk segala-galanya, termasuklah produk penjagaan kulit wajah dan mekap.
Genius bukan?
Tony Moly Magic Food Banana Hand Milk
Hah daripada pisang, rasanya boleh makan tak?
Menariknya, Tony Moly Magic Food Banana Hand Milk mempunyai pembungkusan comel dan bau bak pisang serta sifatnya yang mampu memberi kelembapan berpanjangan.
The Face Shop – Lovely ME:EX Dessert Lip Balm
Memang asyik dijilat bibir kalau letak manisan.
Face Shop Lovely ME:EX Dessert Lip Balm adalah produk yang sempurna untuk pencinta madu. Selain daripada bungkusan comel dan aroma harum dari madu sendiri, balsem bibir ini menjadikan bibir anda lembut dan lembap sepanjang hari. Tekstur seperti madu mampu melindungi bibir dari sinaran UV dan cuaca musim sejuk juga.
Etude House – I Need You, Yogurt! Wash-Off Pack
Penulis boleh bayangkan betapa syok letak yogurt di muka.
Etude House I Need You, Yogurt! Wash-Off Pack adalah satu set sempurna pakej pembersihan kulit untuk sebarang keadaan. Menawarkan empat perisa yang berbeza – epal, strawberi, kiwi dan aprikot, ia adalah topeng wajah boleh digunakan untuk setiap jenis kulit.
Skinfood Rice Mask Wash Off
Umum air beras baik untuk kulit muka dan disebabkan itu Skin Food menggunakan beras ke dalam produknya.
Skinfood Rice Mask Wash Off adalah salah satu topeng muka terbaik di Korea. Masker ini mampu merawat kulit sehingga mengangkat minyak dan kotoran berlebihan dari permukaan kulit agar lebih cerah, jelas dan lembut.
Black Caviar Anti-Wrinkle Eye Cream
Ya, penulis sendiri tidak mampu makan kaviar kerana harganya.
Holika Holika Black Caviar Anti- Wrinkle Eye Cream terdiri daripada 20 peratus ekstrak kaviar hitam dan ekstra jelly royal yang baik untuk penjagaan kedutan. Ekstrak kaviar dalam krim mata ini membantu memulihkan halangan sel kulit. Bukan sahaja krim mata mewah ini diperkaya dengan kaviar, ia juga mempunyai emas dan berlian yang memberi kesan anti-penuaan optimum.
The Saem Choco Pie Hand Cream
Choco Pie, itu favorite penulis.
The Saem mengambil makanan ringan zaman kanak-kanak ini dan menjadikannya krim tangan. Dari pembungkusan produk, ia kelihatan seperti Choco Pie. Bukan sahaja krim tangan yang comel, ia juga mempunyai bau choco pie sendiri, terdapat dalam dua rasa yang berbeza – Choco Pie biasa dan Cookies and Cream.
Menarik bukan idea mereka ini? Lagi sekali nak beritahu, ini bukan untuk dimakan tau….
Lots of Love ❤