Resipi

Resepi Seaweed Goreng Rangup Snek Kegemaran Idol Mamamoo Hwasa

Malisa Aina
/
Seorang individu yang sukakan spotify, netflix, sneakers, dan gincu.
Resepi Seaweed Goreng Rangup Snek Kegemaran Idol Mamamoo Hwasa

Jika anda penggemar program variety Korea, pasti anda tahu resepi rumpai laut goreng yang rangup, snek kegemaran idol Mamamoo Hwasa tular di media sosial.

Semuanya bermula apabila Hwasa memperkenalkan snek kegemaran yang merupakan resepi ibunya dalam program “I Live Alone”. Rata-rata netizen rasa terrier setiap kali Hwasa bercerita tentang snek rumpai laut goreng malah bila manikmati bersama nasi, bunyi kruk krak membuatkan ramai terliur.

Untuk itu, COOKAT sudi berkongsi resepi cara membruta snek ringan ini, ternyata ianya tidak susah dan mengambil masa sekejap sahaja.

Foto – SNACKEROO

Bahan-Bahan:

  • 4 keping rumpai laut kering
  • 150ml stok ikan bilis
  • 50ml tepung beras
  • 1 sudu teh bijan
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh minyak bijan
  • 1 sudu teh sos ikan
  • Stok ikan bilis – sedikit ikan bilis (5 keping dalam resepi), daun kelp, 1 liter air

Cara Membuat:

1. Letakkan 50ml tepung beras, 1 sudu teh minyak bijan, 1 sudu teh sos ikan, 1 sudu teh garam dan 1 liter air stok ikan ke dalam mangkuk. Campurkan kesemuanya bersama-sama dan masukkan dalam microwave selama 1 minit 30 saat.

2. Layurkan kesemua campuran bahan ke atas rumpai laut dan letakkan satu lagi rumpai laut di atasnya. Lakukan seperti dalam video. Taburkan sekali bijan. Panaskan dalam microwave selama 2 minit.

3. Akhir sekali goreng rumpai laut dalam minyak melebihi 170 darjah.

Nak tengok rupanya, Wanista kongsikan sekali video

Dah boleh makan dengan nasi atau sekadar snek ringan sambil menonton program variety kegemaran.

Enjoy! ❤

BACA  Tengah On Diet? Nah Resipi Caesar Salad Rangup Ala Pizza Hut