Tips

Buang Tahi Lalat Hidup Dengan Cuka Epal. Wanista Kongsi Cara Step-By-Step!

Malisa Aina
/
I'm into foodies, sneakers, spotify, netflix, lipsticks.
Buang Tahi Lalat Hidup Dengan Cuka Epal. Wanista Kongsi Cara Step-By-Step!

Adakalanya tahi lalat mampu merubah penampilan seseorang kepada lebih berseri dan manis tapi adakala sebaliknya juga. Sebagai contoh seseorang hilang keyakinan kerana tahi lalat hidup tumbuh di sekitar muka, menjadikan dia rasa insecure dengan diri sendiri apatah bila ada mata-mata memandang.

Baca : Atasi Masalah Skin Tags (Lebihan Kulit) Dengan Cuka Epal. Lihat Caranya!

Jika keadaan ini berlaku, apa yang kita patut lakukan, adakah biarkan saja atau membuangnya. Tapi kalau buang, bagaimana caranya yang betul, cara yang tidak sakit dan menelan belanja besar?

Guna sahaja Cuka Epal!

Foto – ERATUKU

Siapa yang tidak tahu, cuka epal sendiri mempunyai pelbagai manfaat, diperbuat daripada epal segar, ia mengandungi vitamin, pectin, potassium, sodium, magnesium, kalsium, fosforus dan zat besi. Ianya juga mempunyai sumber anti-oksida seperti carotenoids dan beta-carotene yang mempunyai keupayaan untuk meneutralkan radikal bebas yang berbahaya boleh melemahkan sistem imunisasi.

Baiklah, pernah terfikir cuka epal mampu membuang tahi lalat?

Foto – toddcaldecott.com

Todd Caldecott, pakar pemakanan terlatih berkongsi cara bagaimana dia menghilangkan tahi lalat hidup di dahi dalam masa kurang dari seminggu menggunakan sari cuka epal. Paling penting keseluruhan prosesnya tidak menyakitkan dan mudah.

Bahan yang diperlukan:

  • Sari cuka epal asli
  • Jarum peniti
  • Putik kapas (Cotton balls)

1. Untuk memastikan cuka epal menembusi permukaan tahi lalat, Todd memutuskan mencucuk jarum secara perlahan di sekitar tahi lalat. Menurut Todd, proses itu langsung tidak menyakitkan. Kemudian rendam kapas dalam cuka epal dan aplikasi pada tahi lalat selama 20 minit.

2. Sebelah petang, Todd mengulangi prosedur yang sama dan menggunakan cuka epal selama 20 hingga 30 minit. Seperti terlihat pada gambar, terdapat kemerahan tetapi tiada sebarang kesakitan atau kerengsaan berlaku.

Foto – Arkib Wanista

3. Proses diteruskan sehingga hari keempat (dilakukan pagi dan petang). Di sini, tahi lalat mulai pudar tetapi akan terasa gatal-gatal. Masuk hari kelima, tahi lalat tertanggal dengan sendirinya.

4. Gambar di bawah selepas tahi lalat tertanggal, kelihatan kulit menjadi merah jambu di bawahnya.

Foto – Arkib Wanista

Ternyata kaedah ini berkesan. Walaubagaimanpun Todd menasihati sebelum menggunakan cuka epal, kenal pasti jenis tahi lalat kerana dikhuatiri akan berlaku reaksi.

Selamat Beramal!

RUJUKAN