Fesyen

Kenapa Princess Charlotte Suka Pakai Gaun Berbanding Baju Lain?

Izzah Azizah
/
suka pakai sheet mask and on my way to achieve glass skin. Instagram / Twitter @izzahabaziz
Kenapa Princess Charlotte Suka Pakai Gaun Berbanding Baju Lain?

Alahai manisnya, alahai untungnya, alahai comelnya…itulah yang sering diungkapkan ketika mata menjamu gambar si puteri jauh dari tanah England.

Sejak lahir pada tanggal 2 Mei 2015, Puteri Charlotte sudah pandai menarik perhatian media bukan sahaja pada wajah comelnya tapi keletah yang dipamerkan jika muncul dalam majlis rasmi atau kasual diraja. 

Foto – Duchess of Cambridge.

Jika fesyen si ibu sentiasa menjadi ikutan dan inspirasi #ootd tidak dilupakan juga pada si junior Kate dan Putera William. Gemar memakai gaun paras lutut, bercorak bungaan dan variasi warna pastel lembut. 

Foto – Getty Images

Timbul persoalan, Puteri Charlotte seolah-olah tidak mempunyai sebarang pakaian lain, selain gaun. Sebagai penata gaya anak gadisnya, Kate Middleton berkeras hanya memakainya Puteri Charlotte hanya dengan gaun paras lutut itu.

Foto – Time
Alasannya

Gaya ringkas dan klasik merupakan cara untuk menjadikan gambar kenangan kanak-kanak timeless yakni tidak tenggelam zaman. Malah pakaian yang ringkas juga menyerlahkan lagi siapa si pemakai tanpa diganggu pakaian yang sarat.

Foto – arkib Wanista.com

Tiada salahnya untuk Puteri Charlotte memakai seluar tapi Kate lebih gemar anaknya mengikut gaya tradisional. Kebanyakan puteri-puteri diraja terdahulu termasuklah Ratu Elizabeth memakai gaun jika berada di tempat awam. Berkemungkinan Kate ingin mengekalkan tradisi tersebut pada anak gadisnya. Bagi mengelakkan nampak bosan, Kate padankan gaun comel Puteri Charlotte dengan aksesori seperti kardigan, kasut dan reben rambut. 

Foto – Getty Images

Pakar fesyen diraja berpendapat, Puteri Charlotte mungkin memakai seluar atau fesyen kasual jika di dalam kediaman mereka.

Topik yang sama juga berlaku pada kekandanya, Putera George yang kerap mengenakan seluar pendek ketika membuat penampilan luar istana. Baca: Kenapa Prince George Selalu Pakai Seluar Pendek? Ini Penjelasannya!

Foto – Pool Photo via AP)

Walauapapun yang dikenakan pada tubuh kecil si puteri ini pasti menjadi ingatan ramai kerana benar ianya timeless dan klasik! 

RUJUKAN 

Komen Anda